TENTANG SAYA

Assalamualaikum wbt.

Hai! Salam ukhuwah pada semua yang datang mengungjungi blog saya yang serba kekurangan ini. :)

Actually, blog ni tempat saya melepaskan segala kesunyian. :) Tempat saya cerita mengenai kehidupan seharian saya, pengalaman-pengalaman hidup saya dan memori-memori saya. 

Nama saya, Wan Izzaty Syazwani binti Wan Zali. Berasal daripada Ketereh, Kelantan. Lahir pada 20 Ogos 1991. Baru berumur dua puluh tahun. Next year 21 tahun. Tak sabar! :) Anak pertama dari empat orang adik beradik. Kini belajar di Sime Darby Nursing and Health Sciences College dalam jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia, di Shah Alam. Sebenarnya, saya sepatutnya belajar di Kolej Kementerian, tapi disebabkan nasib kurang baik, maka tercampaklah saya menumpang belajar di kolej swasta. :'( First dapat tahu, agak sedih juga, tapi apa yang berlaku, ada hikmahnya. Tak baik mengeluh akan takdirNya. Allah dah atur takdir untuk setiap insan cantik-cantik belaka bukan? :)

Insya ALLAH, bakal tamat belajar pada Disember 2013 dan memulakan kerjaya sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan pada 2014. 

Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Mulong pada 1997. Seterusnya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Mulong 1 dari darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian berpindah ke sekolah SK Ketereh dari darjah 4 hingga darjah 6 dengan mendapat keputusan yang cemerlang (5A) dalam UPSR. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada guru-guru sekolah rendah saya. Kemudian, saya bersekolah menengah di SMK Dato' Ahmad Maher dari tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Kemudian berpindah ke SMK Ketereh dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3 dan menamatkan menengah rendah saya dengan keputusan 6A dalam PMR. Kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Bestari Chengal untuk tingkatan 4 dan 5 dan mendapat keputusan SPM yang agak kurang baik akibat kuat main, masa tu baru kenal dunia luar. :'(  Cuma memperoleh 4A. 

Kemudian selepas SPM, saya dipanggil menghadiri Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan di Kem Latihan Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak. Disitu saya kenal apa itu erti perjuangan, kehidupan, persahabatan, semangat setiakawan, semnagat berkumpulan, amanah, jujur dan macam-macam lagi. Dan pelbagai lagi sinetron-sinetron yang tak mungkin saya lupakan. :) Selama 3 bulan disana, saya dua kali dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan penyakit saya di Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping. :)

Saya mengidap PID L4-L5 akibat kemalangan jalan raya pada 2006. Dua bulan sebelum saya menduduki PMR. Dan penyakit dapat detect ketika saya di tingkatan 5 selepas sebulan saya tak dapat bangun dan berjalan seperti biasa. :'(

Selepas PLKN, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam bidang sains hayat dalam Program Dua Tahun. Terlalu banyak kenangan manis disana. Satu pun saya tak mungkin lupa dan akan dikongsikan di blog ini. :) 

Kemudian, saya mencuba nasib mengisi SPA. Dan di panggil temuduga pada April 2010 untuk jurusan farmasi. Mungkin tiada rezeki saya ketika itu, saya tidak berjaya dalam temuduga itu. Kemudian, saya tidak berputus asa, saya mengisi sekali lagi. Dan dipanggil sekali lagi untuk temuduga pada Oktober 2010 untuk jurusan Teknologi Makmal Perubatan. Saya masih ingat lagi tarikh keramat itu, 10.10.10. Itulah tarikh istimewa dalam hidup saya. Dan sebulan selepas itu, result keluar menyatakan saya berjaya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.