Friday, November 2, 2012

Blog bertukar ke wanizzaty.blogspot.com


Assalamualaikum wbt.

Blog ini akan didelete. Akan ditukar ke wanizzaty.blogspot.com.

Silakan. :)

Thursday, March 29, 2012

TAK TAHU

Tak tahu bila akan menulis kembali. Yang pastinya bukan di blog ini lagi. Blog yang merupakan kisah aku dan dia. Blog ini yang sentiasa menemani aku dikala sunyi tanpa dia. 

Kini, segala kebenarannya amat pahit untuk ditelan. Saya tunangan orang, bukan lagi dengan dia, tapi pilihan keluarga. Saya doakan dia kuat, kuat hadapi semua ini. Saya doakan dia bahagia dan bertemu dengan perempuan yang boleh sayangkan saya seperti mana saya pernah sayangkan dirinya. Sekurang-kurangnya sebelum saya jadi isteri orang, saya tahu dia amat sayangkan diri saya dan cintakan saya sepenuh hati dia.

Perjalanan hidup saya, semua orang cakap bagai dalam sebuah novel, manakala kata bakal suami saya pula, kisah saya ibarat dalam drama TV. Bagi saya, ini ketentuanNya. Saya tak pernah impikan begini jadinya. Kalaulah ia seperti dalam novel atau skrip drama, tentu saya akan mengarangnya mengikut kemahuan hati saya di pengakhiran cerita, happy ending or whatever la. Tapi ini realitinya. Realiti kehidupan.

Saya pejam mata, terasa pijar mata saya. 2 tahun cinta kami. Sudah ditemui noktah kesudahannya. Bukan kerana sengketa atau kebencian, tapi kerana takdir tertulis begini. Kerana jodoh yang memisahkan kami. Dalam keadaan masih sayang menyayangi, dalam keadaan kebahagiaan yang masih memuncak. 

Saya sedih bila mendengar esak tangis dia, saya pilu bila melihat air mata yang gugur di pipi dia. Ingin sekali saya kesat air mata itu dan buat dia tersenyum kembali, tapi saya sedar siapa saya. Siapa saya yang tidak membolehkan saya dan dia seperti masa-masa lalu. Maruah keluarga harus diutamakan. Restu keluarga yang saya cari untuk kehidupan yang berkat hingga ke akhir hayat saya. :')


Friday, March 2, 2012

Rutin Harian Yang Di rindui


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah tamat test cytology. Sangatlah suka hati sekarang. Balik kelas tadi, lepas solat zuhur, terus balas dendam dengan mata. Hihi. Saya tidur 4 jam okay, 4 jam! Punya lama. Memang tak sedar langsung. Sedar pun sebab budak bilik sebelah yang jadi 'alarm'. ;p

Tadi saya topup banyak-banyak, hihi, tak perlu sebenarnya bagitahu kat sini, tapi tak kira, nak bagitahu jugak. Saya topup banyak-banyak sebab nak call my family. Lama dah rasanya tak berhubung. Kebetulan abang ada bank in duit nafkah yang bulan-bulan dia bagi kat saya, so saya guna buat topup. Hihi. Bukan apa, selama ni saya sangat jarang topup. Bila tamat tempoh sahaja baru saya topup. Sebab selama ni, abang lah yang call saya. Saya hari-hari memang cuma tunggu panggilan dia bila malam menjelma. :)

Tadi lepas solat maghrib entah kenapa, rindu pada keluarga begitu membuak-buak. Terlalu dan tersangat. Memang nak menitis air mata ni. Sedaya upaya saya kawal. Dalam hati, "Tak boleh jadi ni, kena cepat-cepat call mereka. " :') Memula call mama, dengar suara ma macam tak sihat je. Adoi la. Ni yang buat saya rasa nak balik kampung as soon as possible. Tapi apakan daya, esok ada kelas. yes, sekarang, setiap sabtu saya ada kelas untuk MQA. :( Benci tahu bila hari cuti dikacau! :(

Lepas tanya khabar ma, call nenek pulak. Sebab my sisters malam memang tidur rumah nenek. Stay sana untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran. Berbual dengan nenek. Tanya khabar dan tahu perkembangan both of my sisters. Alhamdulillah, banyak perkembangan positif yang dapat diketahui. Nenek cakap, adik dah kenal huruf al-Quran. Alhamdulillah. Berkat dihantar sekolah PASTI. Masih saya ingat bagaimana lelaki-lelaki dalam keluarga saya menentang saya, ma dan nenek masa tu untuk hantar adik ke PASTI. Memang siap bergaduh dan bermasam muka demi Umairah yang disayangi. HAHA! Bila ingat balik, lucu rasanya. Bukan taknak hantar sekolah tadika, bukan nak cakap sistem pembelajaran kat sana tak berkesan, tapi saya mintak ma hantar sekolah PASTI sebab saya nak adik saya yang paling bongsu ni, ada didikan agama sejak awal umurnya. Now she was 5 years old. As we know, memang belajar kat PASTI mereka beri lebih didikan agama, ajar baca yassin, selawat, doa, solat dan bersolat dhuha berjemaah setiap hari. Saya nak dia terdedah dengan semua ni, dan belajar sayang agama dia sejak kecil lagi. 

Masa adik mula-mula sekolah awal tahun ni, saya masih dalam cuti semester. Jadi adik adalah tanggungjawab saya sepenuhnya. Bermula bangun tidur sampai la malam nak tidur. Saya yang akan gosok pakaian dia pagi-pagi dan mandikan dia. Haruslah suara saya tinggi pagi-pagi kalau dia sejuk nak mandi. Hihi. Saya jugak lah yang pakaikan baju sekolah kemudian sikat rambut dia, pakaikan bedak dan so on. Lepas siap semua, saya akan suap sarapan untuk dia. Sebenarnya dia makan tak perlu suap, tapi saya nak suap jugak. Hihi. Nak bagi dia kasih sayang saya sebagai seorang kakak. :)

Kemudian saya akan hantar dia ke sekolahnya yang jauh di dalam kampung. Memang agak terpencil dan agak naif, biasalah, tiada bantuan sangat. Kalau hal-hal agama ni, kurang lah yang menghulur, bila bab-bab hiburan ni, laju sahaja! Faham-faham la, saya berkias. Tapi saya tak kisah semua tu, ma dan nenek saya tak kisah sebab kami tahu, tempat tu kaya. Kaya dengan ilmu yang bermanfaat untuk adik saya. Apatah lagi ustazahnya adalah sepupu nenek saya. :)

Masa nak hantar dia, saya rasa sayu. Entah kenapa. Mungkin saya ni kuat bermain dengan emosi sendiri. ;p Hihi. Adik pasti cium tangan saya, dan saya pasti cium kedua belah pipi dia. "Belajar sungguh-sungguh, dengar molek apa ustazah ajar, jangan nakal-nakal." Pesanan dari seorang kakak yang amat menyayangi adiknya. :') Adik pasti jawab dengan jawapan uniknya itu, "Okay, okay. Hihihi." Pasti dia ketawa sambil lambaikan tangan kearah saya. 


adik dah siap sedia untuk pergi berperang
menuntut ilmu ALLAH. :)
Sayang adik!

Sampai rumah saya start segala aneka kerja sebagai surirumah selepas ketiadaan adik. Kemas rumah, baju, siapkan kerja kat dapur dan bla bla bla. :) Bila dah siap siaga, adalah masa yang berbaki sejam lagi sebelum ambil adik akan saya gunakan untuk tonton cerita Korea atau lelapkan mata. Kemudian, tepat pukul 12 saya akan pergi jemput adik disekolah. :) Saya akan tanya dia segala aktiviti dia di sekolah sepanjang hari itu. Dia akan menjawab dengan bersungguh-sungguh. Kemudian dia akan bagitahu saya, " Adik suka pergi sekolah, esok nak pergi lagi, adik dapat kawan baru. " Almost everyday she told me about that. Dia memang tak banyak ragam untuk ke sekolah bukan seperti kakak-kakak dan abangnya. She really love and enjoy her new world now. :)

Balik sekolah, saya gerenti singgah kedai runcit dengan dia dahulu. Beli apa yang dia mahu. Truly, saya memang terlalu manjakan dia. :) Balik rumah, saya akan pastikan dia mandi, kemudian buat susu untuk dia. Yes, dia masih minum susu. hihi. Memang susah sangat nak lepaskan dari susu. Buatlah macam mana, pujuk lah dengan air milo sekalipun, she only want her milk! Kadang-kadang saya siap ugut lagi nak buang tepung susu dia dalam sawah padi belakang rumah, tapi tak pernah la nak menjadi. Haih! Lepas buat susu kat dia, gerentilah kami berdua akan lepak atas katil. Saya kena tidurkan dia. :) Biasanya kepala dia memang best-best lepak atas lengan saya. Lengan saya, dia jadikan bantal. Saya akan usap kepala dia supaya dia tidur. Hihi. Dia senang je, usap kepala dia, gerenti stim mata tu. HAHA! 

Ni gambar dia tidur! See botol susu kat celah tangan dia tu. Hihi

Lepas dia tertidur, saya akan letak Mr. Buboo kat tepi dia, suapay dia terasa seperti ada orang disebelah dia sebab saya harus pergi ambil kakak dia pula di SK Ketereh. Kakak dia darjah 6 sekarang. :) Saya takut dia terjaga bila terasa tiada orang disebelah. Tapi tak pernah lagi lah dia terjaga. :)

Lepas ambil kakak dia yang bernama Wan Lisa Wan Zali tu, saya sambung tugas basuh pakaian sekolah mereka. Biasanya Kak Lisa memang berperang mulut dengan saya bila saya suruh dia mandi selepas balik sekolah. Memang liat sikit mek sorang tu. Geram tahu. Tak macam Umairah, cakap sekali dah dengar. :) Kemudian saya akan pastikan Kak Lisa buat kerja sekolah sebelum tidur. By hook or by crook, memang kena siap kerja sekolah. Saya akan monitor. HAHA! Gile tegas saya! Macam mana agaknya anak-anak saya nanti. Hihi. Then, lepas settle semua saya akan sambung tidur sebelah adik atau tengok cerita korea di astro sambil menanti kepulangan ma untuk tunggu tugas berikutnya. :)


Bila ma balik, pasti lah bawak balik segala aneka bahan mentah untuk dimasak for our dinner. Maka berperang lah saya didapur sehingga pukul 6.30 petang. Disebabkan saya tak makan nasi, terpaksa la masak banyak sikit. Firstly saya akan buat makanan saya dan adik-adik dahulu. Lepas kitorang makan, saya sambung masak untuk whole family pulak yang berasaskan nasi. Kalau buat minum petang, biasanya saya akan simpan makanan saya untuk makan bersama-sama masa dinner nanti. Kalau dinner lambat memang saya makan dahulu. Pantang saya masa cuti dirumah, kena makan sebelum pukul 7 malam! Thats how i take care of my body. ;p Bila abang balik, dia memang akan heret saya pergi timbang berat saya. Cuti semester hari tu saya memang turun 5 kilogram. Abang pulak yang naik mendadak. Tu la sebab mengata saya sangat. ;p Yes, dia suka perli saya dengan berat badan. Kadang-kadang saya menangis bercucuran tahu! Hihi! Ayat yang selalu dia keluarkan, "Macam mana nak pakai baju pengantin kalau macam ni! Nak sewa baju pengantin pun gerenti tak muatlah! " Itulah gaya dia membebel setiap kali jumpa. Setiap kali okayy! Geram tahu. Saya menjawab, " Buat apa nak sewa, kan sanding dalam bilik. Tak perlu nak sewa bagai. Saya buat sendiri takpe baju pengantin, beli kain. Akad nikah pakai baju kurung moden, mudah dan tak membazir!" Maka, bila dijawab begitu, makin kuatlah perlian dia pada saya. The best way kalau dia perli haruslah diam. Kalau jawab memang menempah air mata sahaja lah. ;p

Back to main topic, petang-petang biasanya, sambil tunggu maghrib saya akan beriadah atau bergurau senda dengan adik-adik. Everyday. Bila maghrib masuk, maka tinggilah lagi suara saya kejar adik-adik supaya mandi dan pergi mengaji al-Quran! Lepas mengaji, Kak Lisa akan sambung belajar. Saya pulak mengajar adik perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, "I want to eat", "I'm hungry", and bla bla bla. Alhamdulillah sebelum saya berangkat balik ke Shah Alam, bila dia nak apa-apa, dia pasti akan minta dalam bahasa Inggeris. :) Tak sia-sia saya berperang dengan dia malam-malam. Hihi!

Macam tu lah rutin harian saya. Kehidupan saya dirumah terlalu berharga. Setiap saat saya dirumah amat-amat saya hargai. Sangat-sangat saya hargai. Bila duduk di Shah Alam, saya cuma pergi kelas, balik kelas, keluar makan, online dan keluar pergi Giant atau melepak kat Apartment kawan-kawan. Memang takde life sangat kat sini. Masa banyak dihabiskan dalam bilik sahaja. Study dan online. :)

Lastly, saya paparkan gambar yang mana it was my precious moments forEVER la. :) Masa ni pergi berkelah bersama dengan abang, saya, Kak Lisa dan adik di Air Terjun Lata Tembakah, Jertih, Terengganu. :) It was about a year ago. :) Kenangan yang tak mungkin saya lupakan bersama mereka-mereka yang amat saya sayangi dalam hidup saya ini. :')


 I Love this picture! :')

 Dua-dua buat mata stim. Hihi. Kebetulan mereka bertiga pakai baju kaler sama, kecuali saya, hitam! 
Sedangkan memang tak berjanji langsung. 

Amboi adik, best dapat berpimpin tangan? Hihi.
Love both of you for a thousand years!
Suka picture ni, nampak abang gaya seorang papa berjalan dengan anak perempuan. ;p

-Gambar takde kena mengena-
Saja gedik nak masukkan. Ada gaya seorang ummi tak? 
Bila keluar dengan abang, nampak baby, mesti saya akan cakap, "Bila la saya boleh merasa jadi sorang ummi." 
Pasti abang akan jawab, "Pergilah mintak dengan dia, awak ambil jaga. Tak malu betul, kita tu masih belajar, ada perjanjian lagi dengan kerajaan, selagi belajar tak boleh nikah dan mengandung. "
Dushhhhh! Rasa nak tumbuk je kat muka dia. Hihi! 
Sabarlah, 1 tahun 9 bulan to go!
Doakan kami ye semua-semua, moga bertemu jodoh.

By the way, thanks for readings! Ini blog adalah perjalanana kisah hidup saya. Dan suka hati saya nak tulis tentang perjalanan hidup saya. Dan kepada haters, saya tak pernah mengundang anda untuk membaca setiap patah perkataan disini. Anda yang suka ambil tahu hal saya kan? Untuk jadikan bahan mengumpat dengan kawan-kawan. You know who you are. Tak perlu saya mention. Hihi. Dan saya berterima kasih sebab sudi jaga tepi kain saya dan buat saya perasan macam saya ni artis la pulak. ;p And, saya tak kisah la diri saya diumpat atau apa sahaja. Benda tu dah jadi asam garam dalam kehidupan. 

I love my life! And my life is really awesome! Buangkan sifat dengki dan iri hati okayy. Buruk tahu! :) Barulah hidup ni tenang dan aman. :)


Bahagia Ini


"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya." 

Sebetulnya, tiada yang mampu dilafazkan dengan kata-kata akan rasa bahagia ini. Sangat bahagia dan terlalu bahagia sehingga saya terkadang naik takut! Takut akan derita yang akan datang tiba-tiba menyemak di celah bahagia ini! :')

Tak perlu kata-kata romantik, tak perlu kata-kata manja, cukup sepatah senda gurau yang mampu buat saya ketawa tak henti-henti. Abang sangatttt nakal. Dan terlalu nakalll. Kadang-kadang yang agak kebudak-budakkan. Benda yang selalu buat kami gaduh dulu, kini sudah dapat dijadikan bahan gurauan yang tak henti-henti oleh kami.

Tak perlu mesej-mesej, cukup panggilan yang sekejap cuma.

Tak perlu panggilan manja, cukup dipanggil dengan panggilan yang buat kami berdua ketawa.

Malam ni, banyak benar abang ketawa, banyak benda dia usik saya, banyak benda kami jadikan bahan ketawa. Sehingga lelah sendiri. Biasanya dia call, kami takkan cakap lama, sebab saya faham kerja dia penat. Balik tentu nak rest. Mungkin malam ni dia nak qadha pasal semalam. Semalam dia oncall. Dan kami tak mampu untuk berhubung seperti biasa. :'(

Ini lah realiti kami kini. Kadang-kadang selang sehari baru dapat berhubung. Baru dapat bergurau senda. Kesibukkannya yang membatasi segala. Tapi saya takkan merungut, kerana tahu, bila masa terluang, pasti dia akan buat saya ketawa dan ketawa dan ketawa terus ketawa dengan kenakalannya. :))

Bila saya faham siapa diri dia, saya hormati keputusan dia, saya hormati life dia, saya ikut kehendak dia, PASTI dia akan buat saya perempuan yang paling bahagia tanpa perlu ucapan manis, tanpa perlu kata-kata manja. :) Kerana saya faham dia bukan lelaki jiwang. Terkadang bila angin jiwang dia datang, saya terasa pelik dan geli. HAHA! Dua tahun, saya diasuh dengan jiwa rock dia, diasuh dengan kekebalan jiwa dan mental! Walaupun kadang-kadang hanya mampu menangis. ;p I hate crying, but i love to do so. Sebab ia adalah terapi jiwa yang paling berkesan.

Dalam satu masa dia boleh buat saya menangis, dan dalam sekelip mata dia boleh buat saya ketawa berdekah-dekah, serta cuma satu saat dia boleh buat saya perempuan yang paling bahagia sekali atas muka bumi ni. :') 

Biarlah apa orang nak cakap apa, kita kenal siapa kita. Saya kenal abang siapa, dan abang faham siapa saya. Bagi saya itu sudah cukup. Sudah memadai. Dan saya tak minta lebih. Semuanya sudah cukup. Sudah terlalu cukup. :) Kita jatuh bangun bersama-sama. Kita sama-sama rasa apa itu susah dan senang. Kita saling bantu-membantu. Itu lah kita, jadi siapa mereka untuk judge kita? :)

Orang selalu bertanya pada saya, kenapa boleh terima dapat berhubung sekali sehari, terkadang tidak berhubung, kalau dapat pun sekejap cuma, tak mesej, dan tiada kata-kata manis? Kata mereka, kalau mereka ditempat saya, mereka tak mampu bertahan. Jawapan saya cukup mudah. Kerana saya kenal siapa abang, kerana percaya pada diri abang, kerana memahami life abang dan kerana kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi. Cinta tak semestinya selalu berhubung. Cinta tak semestinya kena selalu romantik dan kata-kata manja. Cukup ingat dalam hati, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan kesetiaan yang dipertaruhkan. :)


Dia ada life dia, dan saya ada life saya. Dia ada tanggungjawab dia sebagai pekerja, saya pun ada tanggungjawab saya bergelar seorang pelajar. Sebetulnya, 24 jam itu amat singkat untuk kami berdua. :) 

Kami bukan budak-budak lagi. Kata abang, umur kami makin meningkat., tinggalkan zaman remaja, belajarlah jadi insan yang bernama dewasa. Sebetulnya, ingin menikmati zaman muda bersama dan belajar jadi tua bersama. :) 

Saya tak perlu ucapan sayang dan manja dari sorang lelaki kerana saya ingin menikmatinya di alam perkahwinan. Cukuplah sekarang dia mengasuh saya memperelokkan diri menjadi yang terbaik dimatanya. Cukuplah dia menegur dan membimbing sahsiah dan peribadi saya. Cukuplah dia memarahi saya kerana aurat  saya yang terdedah. Cukuplah dia saya jadikan bahan rujukkan dalam mematangkan diri dan buat keputusan yang tepat. Kata abang, bercakaplah bila perlu, dan diamlah jika rasa tak perlu dan boleh memudaratkan kita ataupun sesiapa.

Bagaimana saya tak makin jatuh cinta pada dia dengan dirinya yang begitu? Bagaimana saya tak makin kasih pada dirinya? Its all about our 2 years of love. Pelbagai kisah, pengajaran dan drama disebalik itu sehingga kami bertemu dititik paksi persamaan ini. :) I Love You, and I do! 



♥ Love is like the sunset. It's not always there. But once it's there, you know it and its the 

most beautiful thing ♥

 " I don't need a perfect one, I just need someone who can show me

 that I'm his only one." ;)

 ♥ 2 Years of Love ♥





Thursday, March 1, 2012

Hari Itu

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah masuk bulan Mac rupanya kita. Baru je rasanya kita masuk ke tahun baru. Tup tup dah bulan 3. Bulan Februari yang membahagiakan saya tinggal dalam kenangan. Harus melalui bulan Mac yang lebih bermakna. :)

Okay, life saya dua 3 hari lepas memang tersangatlah busy. Hihi. Busy denga practical's lab, dengan test yang kadang-kadang selang sehari. Balik kelas memang terus terhumban atas katil la. Nak online, fuh jangan harap la. Biasa kalau online pun ikut handphone yang abang hadiahkan. :)

Hari selasa adalah hari yang paling memenatkan dalam sejarah semester 3. Mengapa? Sebab kelas start pukul 8.30 sampai lah pukul 5 petang. Hari lain pun macam tu jugak, tapi selasa ni advaced sikit sebab kerja duk dalam makmal sahaja. Waktu rehat pun hanya setengah jam atau sejam sahaja. Balik kelas, memang lenguh segala sendi-sendi dan lutut. ;p

Hari selasa lepas entah mengapa, saya dan kawan-kawan ada sahaja yang tak kena. Hihi.

Kitorang hari tu ada sahaja benda yang terjatuh dan terlupa. Macam saya lupa handphone letak kat mana. Cari punya cari, merungut punya merungut, last-last ada dalam beg sandang. Hampir menangis! Kak Jue dan Muslini pulak, barang-barang atas meja dorang ada sahaja lah yang terjatuh. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh! Memang dorang ni buas sangat kot. ;p Memang penat la dorang asyik memunggah je barang-barang dorang balik keatas meja. ;p

Lagi? Hari tu jugak Kak Jue buat hal. HAHA! Tak tahu mengapa, model anatomi manusia didalam lab boleh dia musnahkan, habis semua organ dalaman berterabur jatuh. HAHA! Dah la pensyarah kitorang untuk subjek blood banking dan transfusion ni yang sememangnya garang! Luas la mulut lecturer tu kejap. Memang kalut lah Kak Ju dan beberapa orang lagi sahabat bertungkus lumus bagi elok balik sebab taknak dimarahi. Hihi. Saya sempat snap picture! Layan gambar jom!

"Kak ju, sudah, kena marah kat miss nanti. Cepat kak ju, cepat, miss kak ju" 
Jahatkan saya? HAHA!

Mereka yang gigih. ;p

Muka kak ju cuak gile masa ni. Hihi!

Last-last kak Ju tinggal macam tu. Dia cakap susah gile nak masukkan balik.
HAHA! Dah buat dengan model tu terpacak macam tu memang la susah.
Cuba bagi terbalikkan model ni dalam gaya tidur.
HAHA!

Lepas je best-best ketawakan kak Ju, giliran saya pulak kena marah kat miss, masa lab hema untuk kira platelets dalam darah! Sebab silap pipette sample. Terlebih tekan. Sepatutnya pipette untuk dapat kan first stop kena tekan dengan lemah lembut. Tapi saya tamak haloba! HAHA! Jadi sample saya kena reject! Mujur tak kena ketuk kepala dek miss. HAHA! So terpaksa ulang balik. Aduhai! 

Sample yang kena reject! Sample saya paling out sekali bila Dacies fluid pun saya
pipette banyak dari sukatan. Apatah lagi blood.

Ni sample yang diterima. Lain kan warna sample ni dari yang tadi. Tadi nampak pekat sikit, yang ni nampak
la muda sikit. Hihi. Miss tu, first impression dia dah tahu mana kesalahan yang kita dah buat. Hihi!

Kena pipette masuk dalam chamber. Chamber ni la digunakan untuk kira platelets.
Ni cara manual. Bila kat lab hospital nanti, semua mesin buat kerja.
Tapi kami diajar sebab mana tahu bila kerja nanti mesin shut down kan. Nak taknak kena buat manual!

lepas pipette masuk dalam chamber, perap dalam petri dish yang mengandungi 
Saline dalam 10 minit untuk kekalkan kelembapannya.

Lepas tu tengok under microscope. Kena kira satu-satu platelets. Dalam chamber tu kena
cari petak-petak kecil. Kena kira yang dalam petak. Ada la teknik dia. First saya amatlah bengap 
dalam mencari petak tersebut.
At last dapat jumpa jugak petak kecek tu.
Sangat lah happy!


Akhirnya! Siap jugak. Dan result saya di approve! Whoaaa!
Happy! Yang mana tak di approve memang kena kira balik.
Nak kira under microscope tu memang la sakit kepala! Sebab kena kira elok-elok. Dah la kecik-kecik!
Ni la petak yang terdapat di chamber bila dilihat under microscope.

Petang tu pulak masa lab blood banking, buat test antiglobulin (direct and indirect). Saya buat hal jugak. Pergi pecahkan tube. Entah kenapa memang careless betul masa tu. Dua kali! Yang pertama sempat diselamatkan oleh kawan saya. Kali kedua memang jatuh berderai atas lantai la. Mujur mood miss okay! Kalau tak memang kena baham dah! Hihi. Untuk lab kali ni, saya cuma duduk jaga centrifuge sahaja. Lenguh kaki nak ulang alik wash cell dekat sink dengan Saline. Lagipun malas nak bersesak. So tugas saya centrifuge je la. hihi!

Semalam saya ada test histopathology dan kelas clinical chemistry 3! Sambung belajar tentang QC. Entah la, saya tak suka QC. Kena buat graf yang sangat-sangat melecehkan itu dan interpret graf tu! Memang saya tabik spring la kat budak QC. HAHA! Hampir dua jam saya fokus buat graf tu, untuk satu QC 1. Semuanya ada 2 QC. Sakit kepala betul nak buat range dan cari sampai +/- 4SD. Tu yang paling saya tak sukaaaaa! Kena banyak perah otak! 

Mr. Buboo pun nak study histopathology jugak dear? HAHA!
Tuanmu tak dapat menemani gua! Diri mu sahaja lah pengganti dirinya yang kejauhan dan terlalu sibuk. :')

Akhirnya! Korang ingat senang ke nak buat ni ha? Hampir dua jam tahu! ;p
Kat belakang graf ni ada nota histo!
Gigihkan? HAHA! Sambil buat graf sambil hafal nota untuk test! Nasib-nasib!
Bila kerja nanti, komputer yang akan interpret.
Cuma saya harus kira mean, range dan SD.
Tapi ianya punya banyak order untuk buat. Memang agak melecehkan!

Dapat assignment baru untuk QC! inilah rintihan jiwa saya dan kakju!
Saya : Mati terduduk dah kali ni. HAHA!
Kak JU : Kak Ju koma dah pasni. HAHA!
Keh keh keh!
Inilah kami, sering bergurau senda! ;p

Tengah hari sebelum test, abang bagi semangat kat saya. Supaya jawab elok-elok masa test nanti. Makin dan makin kasih pada dirinya. :') Untuk test histo cuma 10 MCQ dan 3 SAQ! Saya jawab setengah jam sahaja. Hihi. Saya memang, suka keluar awal dari masa yang diperuntukkan iaitu sejam. Alhamdulillah, ada yang boleh jawab, ada yang tidak. Biasa lah tu. Takkan nak boleh jawab semuakan? Nanti betul semua jawapan saya! Saya bukan tamak. HAHA! *ayat sedapkan hati sendiri. ;p Esok ada test cytology! Phewww! 20 MCQ dan 20 Spot Questions! Memang haruuuu! MCQ tak kisah tapi spot quest yang haruuu! So kena study slides lah malam ni. :(

Okay, nak continue study! 

Bye! :) Thanks for reading! 



Wednesday, February 29, 2012

Menung Yang Panjang

Assalamualaikum wbt. 

Sebetulnya, hari ni saya tersangat busy. Bertweet pun tak sebanyak hari-hari biasa kecuali saya membalas tweet sahabat baik saya. Itu petanda saya mengejar waktu. :)

Orang tua-tua cakap tak elok gadis termenung panjang kan? Terutama kat tangga depan rumah. Hihi. Tapi saya bukan termenung di tangga, saya termenung di dalam kelas. Otak saya menerjah satu persatu mengenai apa yang diberitahu dan dinasihati oleh pensyarah saya sewaktu lecturenya. 

Beliau beritahu tentang realiti skop tugas kami dan pelbagai 'drama' dalam lab. Juruteknologi Makmal Perubatan adalah bekerja dibelakang seorang doktor. Kami lah yang akan mendiagnosis segala jenis penyakit untuk doktor melakukan rawatan ke atas pesakit. Andai silap diagnosis kami, maka silaplah rawatan yang doktor berikan dan ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa pesakit tersebut atau derita seumur hidup. Kami memang diajar 'Zero for any mistaken'. Tapi kami manusia, doktor pun manusia, mana ada yang sempurna? Mana yang tak pernah melakukan kesilapan. :')

Sebetulnya, beliau memberitahu bahawa bila kerja dalam lab nanti, akan menghadapi hari-hari yang sangat sibuk jika kerja di lab hospital-hospital besar negeri. Kalau klinik kesihatan, memang tak terasa sangat. Sebab kerja mengikut office hours. Bila masuk kerja nanti kami akan menghadapi pelbagai tekanan dan stress. Kena marah adalah basic dalam pekerjaan kami. Kena marah dek doktor, pathologist atau supervisor mahupun senior MLT adalah perkara biasa. Sebab mereka mahukan result dalam masa yang singkat, kadang-kadang jugak doktor akan lepaskan mereka punya stress kepada kita. Dan masa ni lah, kita kena bijak mengawal stress dan tekanan. 

Pernah terjadi tahun lepas, kesilapan pihak makmal membekalkan darah kepada pesakit yang baru melahirkan anak yang mengalami kehilangan banyak darah. Hospital mana, lebih elok saya rahsiakan. Darah wanita tersebut adalah A tapi diberi darah B. Sedangkan untuk transfusi darah, ada 3 peringkat yang harus dilalui sebelum transfuse darah terbabit iaitu juruteknologi terbabit, nurse yang incharge, dan doktor yang incharge. Disebabkan kecuaian dari ketiga-tiga pihak itu, maka wanita terbabit dimasukkan dengan darah B. Ngeri saya fikirkan semua ni. Juga perasaan takut menjalar dalam diri mengenangkan apa yang berlaku. Senior saya yang praktikal di hospital terbabit memberitahu keadaan sangat teruk masa tu. Katanya, wanita itu masih hidup. Tapi mangsa terpaksa menjalani proses dialisis seumur hidup. Sudahlah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Bila saya ingat tentang peristiwa ini, sayu hati saya dan berazam untuk tidak main-main dalam pelajaran. Apatah lagi dalam subjek hematology dan blood banking.

Saya jadi termenung panjang.... Diam sahaja saya dalam kelas tadi. :')

Banyak yang saya fikirkan. Terlalu banyak. :')

Belajar dalam bidang ni, menyedarkan saya tentang jujur, tanggungjawab dan amanah, ikhlas dan menepati waktu. Sebagai MLT kami dididik untuk jujur dalam mendiagnosis segala specimen pesakit. Tidak boleh mengelat walaupun sebessar hama kerana ia melibatkan nyawa pesakit. Belajar dalam bidang ni jugak kadang-kadang buat saya terasa lelah dan semput seketika. Kadang-kadang ada yang kita faham methodnya mahupun theorynya, kadang ada jugak yang tidak faham. Sedaya upaya saya membuang segala perasaan selesa yang menapak dalam hati kerana hanya saya pelajar tajaan Kementerian Kesihatan. Kadang-kadang ada jugak terfikir, bertuah sebab tak payah cari kerja bila keluar nanti, kerja akan cari aku. Bila terfikir semua ni, saya sedaya upaya hakis dan buang agar tidak bermain dalam fikiran mahupun bertapak dalam hati. :)

Saya berfikir, bila saya masuk ke dalam alam pekerjaan nanti, mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan sebaik mungkin? Tanggungjawab terhadap agama saya sendiri, mampukah saya memikulnya dengan sebaik mungkin? Apa yang pasti, saya akan bekerja Lillahi Ta'ala sebab kita hidup pun Lillahi Ta'ala. :) Mampukah saya menjalankan amanah yang dipikul dan tanggungjawab yang diberikan di alam pekerjaan nanti dengan baik untuk disoal kelak tentang tanggungjawab dan rezeki yang diberikan? 

Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


Saya juga berfikir untuk diri sendiri.Mampukah saya mengawal emosi bila dialam pekerjaan nanti apabila dimarah, diherdik, dimalukan dan dicaci? Saya pernah melaluinya semua peristiwa ini. Bila saya fikir balik, saya berterima kasih kepada mereka. Kerana mereka, saya belajar sesuatu yang boleh menjadi panduan untuk saya di alam pekerjaan nanti. Saya sedar tentang suatu perkara, apa yang berlaku hari ni, adalah pembelajaran untuk menghadapi hari esok. Masih punya waktu kah saya untuk bersosial dengan kehidupan bila sudah bekerja nanti? Bila hari-hari terkejar dek oncall, bila keluar kerjanya diwaktu pagi, pulangnya di malam hari dan kadang-kadang terpaksa mengorbankan hari minggu. :')

Terfikir jugak tugas dan tanggungjawab saya sebagai anak pada kedua ibu bapa (& mentua satu masa nanti), kakak kepada adik-adik dan cucu sulong dalam keluarga. Punya waktukah saya untuk berbakti pada mereka? Insya ALLAH, sedaya upaya saya buat yang terbaik untuk berbakti kepada mereka walaupun penat macam mana sekalipun, sibuk walau macam mana sekalipun. Mampukah saya menjaga segala kebajikkan mereka? Insya ALLAH, saya takkan tercuai walau sedikit pun. Mungkin bila masuk ke alam pekerjaan nanti, masa untuk mereka kurang, untuk berkasih sayang dan bergurau senda seperti sekarang. Kerana itu, saya terlalu menghargai masa-masa masih bergelar pelajar ini bersama mereka. :)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

Satu masa nanti saya pasti akan melalui alam perkahwinan. Insya ALLAH jika jodoh saya ditemukan Nya. :) Bila sudah ada rumah tangga sendiri nanti, ada suami dan ada anak-anak mampukah saya menjaga kebajikkan mereka dengan sempurna? Memberi kasih sayang saya secukupnya, dan melayari bahtera sebagai sorang permaisuri dihati sorang suami dengan baik? Memikirkan semua itu, hati saya rungsing. Untuk itu, haruslah saya mencari titik tolak untuk memperelokkan diri, mengubah diri menjadi yang terbaik untuk mereka satu masa nanti. Tidak membawa segala stress di Lab ke rumah mahupun kepenatan macam mana sekalipun, sentiasa berlembut dan tersenyum untuk mereka serta menjalankan tugas rumah tangga dengan teratur agar makan, pakai mereka  terjaga sebaik mungkin dan kasih sayang mencukupi serta tak berbelah bahagi. Bohonglah jika saya kata kan saya tidak ingin menjadi seorang isteri penyejuk mata suami, penghilang resah suami dan ibu mithali yang memahami segala kehendak anak-anak. :)

Inilah yang mebuat saya termenung panjang. Besarnya tanggungjawab kita sebagai manusia yang diciptakanNya sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Saya hanya mampu berdoa agar kita sentiasa dilapangkan dada olehNya dan dilapangkan masa yang secukupnya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada agama, keluarga mahupun sesama manusia agar tidak tercicir walaupun satu. 

Firman Allah SWT:


“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)


Firman Allah SWT :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” 

(Al-Baqarah:30)


-Monolog dalaman~ Wan Zaty Wan Zali~ 28 Februari 2012.-


Wednesday, February 22, 2012

Pagi-pagi Buta

Assalamualaikum wbt.

Gua tak boleh tidur lah. Tu yang gua hapdet jugak blog. Ikutkan hati nak study lagi. Tapi punya la paksa diri, tak boleh bai. Kena stop. HAHA! gua serius study kejap je. Lepas 12 malam, mula la gua main-main. Hadap twitter je kerjanya. Takde FB pun takpe dah. Tak tahu lah kenapa twitter tu lebih interesting. HAHA! Main FB pun biasa gua masuk lepak wall orang. Takpun kat group. 

Sebenarnya takde mende pun nak di hapdet. Hihi. Saje gatal tangan nak menaip. Ok, gua memang gedik. HAHA! Ramai yang tegur gua akhir-akhir ni, asal pipi nampak merah-merah. Dorang cakap gua pakai make up. Oh, please la! HAHA! takde maknanya orang gemuk cam gua ni nak pakai make up. HAHA! Merah asli ok. Nak pakai eyeliner pon tak pandai, ni kan pulak nak tempek si blusher tu.Gua cuma pakai susu tepung kambing dengan tomato je. Buat mask. Tu pun awek kawan incik abang gua yang inform pasal tomato tu.

Alhamdulillah, subjek untuk test esok gua dah cover. Siap buat nota ringkas lagi. Rajin kan gua? HAHA! Gua paksa jugak diri gua buat nota ringkas untuk mudahkan gua study. Based on my experienced la, kalau tak buat nota ringkas, gua rasa tak lengkap gua study. Dulu gua selalu buat last minute. Tapi tidak kali ni. Cukup-cukup la segala kenangan semester 1 dan semester 2. HAHA! Belajar dari kesilapan. :)

Kuat betul iman gua kali ni. HAHA! 

At last, gua hadap jugak laptop! Gua boleh puasa laptop hingga pukul 12 malam je! HAHA! 

Comel dop? HAHA!

Ni pamplet pasal dinner nanti. :)

Bulan 3 ni pun gua ada dinner jugak. Tapi dengan cik abang la dekat Penang. Special dinner gitu. HAHA! Nanti bulan 3 gua cerita. Insya ALLAH kalau diizinkanNya. 

Semalam hari makan sedunia kot. HAHA! Banyak gila gua makan semalam. Pagi dah la tibai nasi dah untuk breakfast. Lunch pergi hadap Patbingsu a.k.a ABC. Petang gua beli pulak Blackforest cake. Satu slice je pon. Janji dengan kakju nak makan sikit-sikit je. Tapi sorry la, 'tong' gua besar kot. HAHA! Gua ni mengidam macam-macam. Makin bertambah la berat badan gua. Takut! Nak joging bapak malas. Joging atas katil memang gua rajin. HAHA! Kak Ju dah ajak gua beli badminton. Main dihujung minggu. Tengok la dulu. Hihi. Malas sebenarnya.

Hadap Patbingsu! Kongsi okayy! ;p
Sharing is caring!

Blackforest cake kegemaran gua. Love it so much!
Macam ni la gua, hari-hari merempat duduk atas lantai. 

Gua tak contact pun dengan incik abang. Sebab, entah la. Takde perasaan nak cari dia. Kadang-kadang, gua perlu bagi kebebasan kat dia. Takkan nak contact selalu kan? Selalu sangat la kannn! Dalam sehari tu, ada 24 jam, dalam 24 jam tu 5 minit je paling lama gua boleh borak dengan dia. Incik abang tersangat lah sibuk sekarang. Projek baru dah start. Projek lama masih tak siap lagi. Sekarang memang Incik abang duk cover dua-dua projek. Kalau tak pukul 1 pagi, jangan harap dapat keluar dari tapak projek. Gua paham macam mana penatnya dia. Gua dah tengok life dia kat sana macam mana. Sebab tu gua sekarang, duk diam-diam je la. Hihi. Incik abang pun tahu gua ada test esok. Mungkin dia taknak ganggu gua study. Sedangkan gua? Study la sangatttt kannn! HAHA! Tweet pah cerosss! HAHA!

K, gua penat membebel. Nak paksa mata tidur. Bye!




Sunday, February 19, 2012

Mereka Berpesan

Assalamualaikum wbt.

Sambil baca nota Blood bank, sambil mata mengintai membaca blog. Hihi. Entah bila la gua nak serius. Tetiba teringat pesanan dari orang-orang yang gua sayang. Tentunya keluarga dan incik abang kesayangan. :)

Mereka selalu berpesan, "Biarlah orang buat kita, asal kita tak buat orang." Abang pulak cakap, "Kita buat tak tahu je la, kita diam, mereka jugak yang sakit hati nanti." :) Itu lah kata-kata yang selalu gua ingat. :) Kalau gua rasa down, abang akan selalu tenangkan gua, " Awak buat hal awak, jangan ambil tahu, pekakkan telinga dan butakan mata. Buat kerja awak, duk dalam bilik diam-diam." Thanks!

Sekarang, gua banyak perancangan. Nak ambil lesen kereta, dinner pun nak guna duit. Tak pergi karang ada lah yang tak puas hati and so on la. So, Mektie, its time to berjimat cermat. Peringatan buat diri, jangan boros! Gunakan untuk keperluan sahaja. Akal first! Ni asyik-asyik ikut nafsu je time berbelanja. Ingat lah, elaun kau bukan seribu. Enam ratus je pon. Tolak duit tiket bas dan makan, berapa puluh sahaja lah dapat simpan. Tu pun bukan simpan sangat, buat habis beli barang-barang atau berjalan-jalan. Em, muka gua ni, memang muka balik kampung. HAHA!

Kejap lagi gua nak pergi pasar kat Kampung Baru Hicom tu. Nak cari tomato, nak buat mask malam ni. Tu pun adik dekat twitter yang bagitahu tomato boleh dibuat mask. HAHA! Semalam gua bantai susu tepung budak bilik sebelah untuk buat mask. Sebab kawan gua cakap, buat mask dari susu tepung boleh haluskan kulit muka. First time try, and i feel awesome! Then gua cuci dengan air suam, kemudian guna sabun pencuci muka Tia Amelia. Gua mula menjaga muka sebab akhir-akhir ni ada jerawat naik kat pipi gua. Tak tahu la sesat dari mana, mungkin disebabkan gua tukar bedak. Dulu guna Garnier, sekarang nak cuba try bedak dari Maybelline. Kalau biasa-biasa je takpe la, ni memerah. Sakit hati betul. Bangun pagi tadi, masa cuci muka, gua tengok, jerawat tu dah mengecil. Sukanya! So malam ni nak try tomato la pulak.

Gua nak pergi kampung tu pun sebab nak jalan-jalan cari makan. Hari ni cuma bedal roti je 6 keping. Tak jauh pun dari hostel, dalam 500 meter je. :) Petang-petang ni elok la gua bagi body berpeluh sikit. Ni tidak, asyik duduk je dalam bilik, menternak lemak. HAHA! Malam ni gua ingat nak habiskan cover subjek blood bank ni. So esok dah boleh start cover subjek parasitology. :) Minggu ni gua ada dua test. :) Aih, nasib lah. Cepat je masa berlalu. Rasa baru je naik semester 3, dah test 1 dah. Adeh la, sedarlah diri mektie oiii! HAHA! 


Nota : Gua tuju kat orang lain, orang lain pulak terasa. Sabar je la. Tak perlu kata apa-apa, senyun, senyum dan senyum je la. :) Nowadays, people like messed up with other people things! You should mind yours! :)


Friday, February 17, 2012

Kisah Di Bulan 2

Assalamualaikum wbt.

Hai readers! Thanks pada yang sudi menghabiskan masa dengan view blog gua and read it. HAHA! Gua tak paksa pon. Lagipon gua menulis untuk ingatan gua satu masa nanti, about my daily life. Yang mana gua tulis untuk family gua, incik abang dan kawan-kawan baik gua. Sebab kami semua berjauhan dan terlalu jarang sangat dapat duduk bercerita berjam-jam.

Sekarang di facebook pun gua tak seaktif dulu. Sebab i more attempt to twitter. Like got addicted with that web social. HAHA! Like a drugs! Ok, stop pasal ni. Sekarang ni dah nak masuk fasa terakhir bulan 2 kan, so elok la gua update lelaju pasal kisah-kisah yang berlaku dibulan dua ni! :)

1. Ni bulan anniversary gua yang kedua dengan incik abang tercinta. Dua tahun dah. :) Rasa cepat je masa berlalu. Tapi kami tak sambut. Just got a presents from him. Dia siap pos lagi. Tapi tiba awal sehari. Thanks tau! I really appreciate it. Birthday dia nanti gua akan buat surprise gila-gila. Insya ALLAH.

2. Bulan ni jugak gua dapat baucer buku RM200 tu la. Sape tak dapat? Jangan tipu. All students yang belajar kat IPT dapat okayy! Hihi. So, apa lagi gua shopping buku la. Korang? Tak baik tau kalau pergi shopping benda lain. So, habis kelas jumaat tu, gua dan kawan-kawan keluar la ke Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Kat situ ada kedai buku yang jual buku medicals. Betul-betul depan HKL. I got a few of books yang mana berguna untuk pembelajaran gua. Happy yang teramat. :)

Beli dengan baucer buku tu. 4 buah buku medic gua dapat beli

3. Gua memang serabut sikit bulan dua ni sebab kena buat presentation untuk subjek microbiology. Alone ok, alone. HAHA! As carry marks for my final exam. :) Dah la minggu sebelum presentation tu gua dapat special task! So hari presentation tu gua kena buat dua pesentation. Dua kali keluar. Sampai ada yang muak tengok asyik-asyik gua je kena present. HAHA! But, all went well. And alhamdulillah, nothing messed up and everything went smoothly. Also with 3 spot questions, i answered it well. Punya la gua buat muka kesian kat coursemates supaya jangan tanya soalan pelik-pelik. Untuk spot questions tu memang gua dah prepared soalan-soalan spot yang bakal 'ditembak' nanti.

muka happy gile lepas presentation! Bagai terlepas
beban seratus kilogram! HAHA!

ni bukan gua tau. Coursemate gua yang present.

with Kak Ju sayang! HAHA!

4. Sambut birthday kawan gua yang ke 19. :) Just lepak dekat Pizza Hut Seksyen 20 Shah Alam. :) Lai yang belanja. Gua tukang makan. :) HAHA!

Kak Ju dan Kak Yana

Delicious! yum ~ yum

Me and birthday's girl. :)

Us on that day. :)

That's all cerita gua bulan 2 tahun 2012 ni. HAHA! See next entry okay? :)

Nota 1 : Gua cuma nak pesan la ni kan, jangan rasa perfect sangat. Jangan rasa lu tu bagus dalam semua hal. Gua cuma memerhati. Gua tengok lu ni perasan bagus. Sorry to say that. But it fact la dear. :) Lu pung pang pung pang, nasihat orang tegur orang. Tapi lu pun buat yang sama. Contohnya bab aurat, yes lu cakap bukan tuju kat gua, but others. Lu bukan betul-betul tutup aurat pun. Tak perfect sangat pon cara lu tutup aurat. :) Pakai tudung pun nampak dada. Pakai baju atas punggung. Lu masukkan gambar kat FB pun kadang-kadang nampak lengan. Tapi you menyalak pung pang pung pang tegur orang tu orang ni. You tahu tak yang you jadi bahan ketawa orang? Orang akan ketawa sebab lu tak sedar diri lu tu pon sama je, dua kali lima.  Come on babe, just think about that yeah! yeah gua tahu lu bukan tuju kat gua, tapi kat those other else. Jangan nak tinggi diri sangat okay! Bila-bila masa saja Tuhan boleh tarik. :) And one more, don't be hypocrite. Lu cakap mulut perempuan tu hodoh, but you sendiri? Shame on you la girl. Biar ada sifat malu sikit okayy! :)




Thursday, February 16, 2012

2 Years Of LOVE

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni 16 Februari 2012. Bermakna sudah dua tahun saya dan incik abang menyulam cinta. Entri ni khas untuk cik abang. Kalau sesiapa tak suka, jangan baca. Saya tak paksa. :)

Untuk abang,

Its already 2 years of love between us em? Rasa baru semalam kita jumpa balik selepas lost contact selama 4 tahun. Bila mengenangkan bagaimana kita bertemu balik dan bercinta, ai rasa baru kelmarin kita laluinya. Hehe. Bila ingat segala perjalanan kita dua tahun ni, penuh tawa ria, kebahagiaan, suka dan duka, pahit manis dan jerih payah, ai tersengih macam kerang busuk. Orang luar hanya mampu melihat. Kebenarannya kita yang merasa.

Segala kenangan indah yang terpalit dalam memori hubungan kita, itulah yang tetap ai kenang sampai bila-bila. Setiap hubungan ada pasang surutnya, macam tu jugak yu dengan ai. Ai nak ucap terima kasih kat yu sebab terlalu banyak bersabar dengan segala kerenah ai, sifat ngada-ngada ai dan macam-macam lagi. Bagi ai, susah dah ai nak cari lelaki sesabar yu. Lepas arwah abah pergi, ai hilang tempat nak bermanja-manja, bergedik-gedik dan mengada-ngada. After 2 years arwah abah pergi, i met you! With you, dapat rasa balik apa yang ai pernah rasa dengan arwah abah. Memang banyak sangat dah yu entertain ai dan sedaya upaya yu penuhi segala keinginan ai, tu pun bergantung pada keadaan. Not all lah yu penuhi.

Terima kasih jugak sebab yu terima segala kekurangan dan kelebihan diri ai. Banyak kekurangan ai, yu lengkapi dan begitu sebaliknya. Yang mana tak kena di mata yu pasal ai, yu tegur. Bila ai tak dengar yu marah kan? HAHA! Yu tahu, kadang-kadang ai saja buat perangai dengan yu sebab ai nak tahu macam mana tahap kesabaran yu. Ai tahu yu tegur ai, sebab yu nak ai jadi yang terbaik dimata yu. Biarlah di mata orang lain ai ni teruk, tapi who cares? Yu, kalau yu membebel kat ai pasal kesilapan atau kesalahan yang ai lakukan, bukan ai tak dengar. Tapi ai malu nak akui. That's why ai selalu buat bodoh. Tapi apa yang yu cakap, ai semat elok-elok dalam otak ai. Contoh kalau ai keluar tak bagitahu mama ai, gerenti yu membebel gila-gila. Truly, yu ajar ai macam-macam. Yu bagi panduan kat ai untuk ai teruskan perjalanan hidup ai. 

Dalam hubungan ni, ai dah terlalu bahagia. Tahun pertama dulu, ai akui, ai banyak sangat buat yu tercabar. Sebab both of us berbeza, datang dari pengalaman hidup berbeza dan persekitaran yang berbeza. Nak adapt, mengambil masa. Itu dulu, sekarang ai realize, untuk bahagia, ai kena buat yu bahgia. And automatic, yu akan bahagiakan ai. Ai dah lalui semua ni. Sampai sekarang, setiap kali kita berbual, ai tak habis-habis ucap terima kasih pada yu sebab membahagiakan diri ai. Layan ai sedaya upaya yu. 

Yu juga amat memahami ai. Ai hanya keluarkan satu je perkataan, yu dah tau apa benda yang ai mengada-ngada sangat-sangat tu. Bila ai tanya macam mana yu tahu, yu akan jawab, "hey kuba, saya kenal awak, bukan sehari dua, dua tahun dah. Masak benar dah dengan tindak tanduk awak. " Perlahan-lahan ai tundukkan wajah, serius teramat malu. Hehe!

Yu, for 2 years of love, we have a lot up and down in our life. But the best things, yu selalu ada dengan ai susah senang ai. Bila ai susah, atau ai bersedih, yu akan selalu ada disisi ai selain dari kawan-kawan baik ai. Yu akan cuba tenteramkan jiwa ai dan cuba tegur ai jika masalah itu datangnya dari diri ai. Kita kongsi sama-sama segala masalah. Walaupun tak semua masalah yang yu atau ai alami kita kongsi bersama. Kita kongsi segala rahsia, dan macam-macam lagi.

Ai takmo tulis banyak-banyak, ai cuma nak cakap, ai sayang yu sangat-sangat. Sedaya upaya ai paham kesibukkan yu dan ai tak mintak banyak, saling bertolak ansur. Give and take. Jujur dengan ai. Ai tak kisah yu tipu ai untuk selamatkan diri yu, tapi sila pastikan, penipuan yu tu sampai mati, jangan sekali-kali pecah. Sebab kalau pecah, dua-dua dapat sakit kan? HAHA! Ai nak yu tahu, apa yang yu bebel kat ai pasal kekurangan/kesilapan ai, ai bukan tak dengar, ai dengar. That's why sekarang yu got new of me. Bak kata yu tahun lepas, "Awak dah banyak dengar kata." Hehe! Before this ai bukan tak dengar, ai cuma keras kepala tuk terima nasihat yu. Ai ada ego ai. After many things happened, i'm realize that, such attitude will don't give any benefit to me. Mama ai selalu pesan, "apa pun, Kak Long kena letak ego Kak Long dibawah ego sorang lelaki. Jangan bagi ego kita lebih dari ego sorang lelaki. Kena banyak sabar. Sorang perempuan akan lebih cantik bila bersaar." Ai sedaya upaya sabar dengan yu, tapi ai taknak sampai makan hati. No way! Nehi nehi!

Dan quote paling ai takkan lupa, bila ai ingat balik boleh buat ai menangis iaitu kata-kata yu, "takkan nak macam ni sampai tua? " Kata-kata ni je mampu tundukkan ai. That's why, yu pergilah kemana saja sekalipun, buat lah apa yang yu nak buat, keluarlah dengan sesiapa yang yu suka kecuali manusia bernama perempuan. Pantang ai dengan yu dua perkara, perempuan dan janji. Two things yang ai rasa ai tak mampu nak bertolak ansur if you break it up!

For 2 years of love, thank you  a lots. Untuk kesabaran dan kasih sayang yu pada ai, terima kasih. Untuk kebahagian yang tersangat bahagia ni, terima kasih. Untuk segala pengorbanan (walaupun tak sebesar pengorbanan keluarga ai), terima kasih. Untuk segala cinta yang disemai, terima kasih. Untuk segala susah dan senang yu dengan ai, terima kasih. Untuk segala layanan kebudak-budakkan untuk ai, terima kasih! Yu memang paham jiwa! Ai harap yu la jodoh ai. Andai kita berdua telah ditakdirkan untuk berpisah jua satu masa nanti, ai redha. Yu, ai nak memanfaatkan usia muda ai dengan yu. Nak belajar jadi tua dengan yu. Belajar jadi matang dengan yu. 

For 2 years of love, maafkan salah silap ai, maafkan segala perbuatan dan perkataan yang pernah mengguris hati yu. Maafkan ai yang banyak susahkan yu dan buat yu susah hati. Yu, ai nak yu tahu, ai bukan macam sesetengah perempuan yang perasan diri bagus dan perfect! Ai jugak bukan perempuan yang hipokrit.

Nota 1: yu, ai rindu Terengganu dan Pahang. There a lots of memories between us. Thats our place. :) But i know, we couldn't get back. 

Nota 2 : lama dah tak gedik dengan yu. HAHA!

Nota 3 : Ai takkan lupa camne ucapan yu semalam. Walaupun agak kelakar, tapi ai hargai! Sangat lah pelik jika yu berjiwang dengan ai. HAHA! Ai sayang yu!



♥ 2 Years of Love 

Muhammad Amizi bin Abu Bakar (G)
Wan Izzaty Syazwani binti Wan Zali (T)

♥ 23 Mac 1989 ♥ 20 Ogos 1991 

16 Februari 2010 ~ 16 Februari 2012