Wednesday, September 14, 2011

Bakal Pergi

Dalam ketensionan melampau akibat menjawab soalan-soalan maut yang di beri oleh pensyarah masa test tadi, rupanya ALLAH nak bagi pelangi indah... :))

Aku bakal pergi dari sini..aku akan keluar dari sini dengan megahnya...meninggalkan segala pahit manis disini..pelbagai cerita suka dan duka..request aku sudah di approve kan...so dah siap boleh kemas-kemas barang sikit-sikit...jumaat ni aku bakal berangkat..esok aku akan selesaikan segala borang-borang terbabit..

Tinggallah kenangan, tinggallah cerita ceriti ceritut yang pernah mengguris hati, yang pernah melukakan dan dilukai...moga hilanglah segala duka dan air mata...

aduh, jiwang? haha! nostalgia..

Aku bakal pergi...tinggalkan semua yang ada disini...

Update lelaju, esok ada test histopathology..perit dah rasa nya kena penangan soalan-soalan maut subjek pathology..hampir termenangis..result immunology dah keluar! yeay! walaupun tak banyak mana markah dapat, tapi setimpal dengan usaha aku study pagi sebelum exam! 

Cuak dengan pathology, rasanya bakal failed! Tawakal!


No comments:

Post a Comment