Kalau dulu.....
Niat datang sini semata-mata nak senang dapat kerja..
Di sponsored, jadi tak perlu nak keluar duit, buat pinjaman PTPTN, kemudian tak payah dah nak bayar balik..
Niat datang sini sebab dapat duit elaun, jadi tak perlu dah nak susahkan keluarga macam dulu..
Tapi sekarang,
harus betulkan niat...
Sebab semua yang berlaku dulu dan kini, adalah bergantung pada niat..
Jika niat tu betul, ikhlas, insya ALLAH, Dia akan sentiasa disamping kita..
Apa yang kita nak buat, nak bercakap, semuanya bergantung pada niat..
Jika niat bercakap tu untuk menyakiti hati orang, maka akan ada hati-hati lembut yang bakal terluka..
Pernah seseorang berpesan pada aku, niat baik, pahala ganjarannya..
Umur makin meningkat, kematian entah bila bakal menjemput..
Bila dah masuk 20-an, harus sedar diri, yang diri sudah semakin tua..
Masa takkan tunggu kita..lewat seminit,macam-macam berlaku..
Seseorang pernah berpesan, "hidup ni hanya sekali, buatlah sesuatu yang boleh puas hati dengan hidup yang sekali ini.."
Berbalik pada niat, jika kita niat untuk betul-betul belajar, berusaha sebaik mungkin, lepas tu berdoa dan tawakal pada Dia, insya ALLAH, keputusannya is amazing..
Ingatlah, ALLAH bersifat adil pada setiap hambaNya..sebanyak mana kau berusaha, sebanyak itu lah kau akan dapat..jika masih tak dapat setelah berusaha, check balik diri, lihat mana yang masih terkurang, betulkan niat balik..mungkin jua ALLAH mahu menguji sebanyak mana kau mampu bersabar dengan ujianNya..bersangka baiklah dengan ALLAH...
"Allah banyak tolong aku dalam kehidupan walaupun aku pernah jauh dari Nya.."
-Coretan secebis pengalaman-
No comments:
Post a Comment