Friday, September 16, 2011

Kisah Raya 2011 Part 2

RAYA KEEMPAT

Pagi tue, call Miza dan Nora, nak ikut tak aku pergi beraya rumah Epah dan Mekna..so mereka on..aku pergi amik Nora dulu..baru pergi amik Miza..Miza ajak aku pergi rumah Epi dulu..nak terjah dia buat apa kat rumah sebab dah raya keempat belom ada khabar berita lagi dari dia..hehe!

Pergi raya rumah Epi dulu kat Jambu Merah, Melor..masa kat rumah epi plan nak pergi Munduk..Munduk tu seberang siam la..tempat shopping murah-murah..hehe..Ingat nak pergi dengan kereta epi la sebab kereta aku kan kereta buruk..tak pasal-pasal mampos tengah jalan..tapi tak jadi plan kitorang sebab mak sedara dia nak guna kereta..

So, kitorang decide la pergi dekat-dekat jer..rumah Epah dan Cikgu Zainon..guru kelas kami masa tingkatan 5 dulu..which is Mama Kesayangan kitorang..Lama sungguh tak jumpa Mama..bila jumpa tue, memang banyak la benda di story mory kan..terlepas rindu setahun tak jumpa Mama..

Lepas tue, balik..before balik, decide nak pergi meronggeng ke Pasar Borong malam tue tapi tak jadi sebab mak aku tak lepas kereta..nasib la..so aku duk rumah jer la..marathon tengok muvee-muvee yang adik laki aku beli berlambak kat rumah tue..tidur pukul 3 pagi dengan adik aku no 3..homaigod!dah la pagi esok tue kena bangun awal sebab abang nak pergi makan kat kedai janda kesayangan dia..haha..ok tipu! bukan kedai janda tapi kedai makan best kat tepi HUSM..tempat aku dan dia selalu makan nasi berbungkus-bungkus dan air bergelas-gelas!haha!

RAYA KELIMA

Bangun pagi siapkan kerja rumah dulu which is, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk..mak aku pulak siapkan sarapan..lepas tue kejutkan abang..bersiap-siap untuk pergi date kedai makan kegemaran nih..haha!memula pergi amik abang dulu kat rumah dia then teruskan perjalanan..kat situ, abang tak bagi aku makan..dia sorang je makan..dia suruh aku minum air je..kejam betol kan?haha!kena smash supaya jaga body..haha!

lepas makan, abang tanya aku mahu pergi mana lagi..aku cakap nak balik..sebab petang tue aku nak pergi kenduri kahwin..tapi abang taknak balik lagi..so aku ajak dia pergi Pantai Irama..aku nak makan seafood lol..balik dari pantai, terus amik Miza untuk pergi kenduri kahwin rumah kak ya kat peringat..memula abang nak balik, kali ni aku pulak tak bagi..sebab takkan nak ulang alik kot..ingat minyak kereta free ka?haha!aku pujuk abang ikut..then dia setuju..yea!!!

Miza, kak ya, kawan kak ya, aku
abang tolong snap pic..
tq abang!

Masa hantar Miza balik, dia pesan yang kalau dia ada kereta atau epi ada kereta, dia datang amik pergi lepak...aku on je..dalam kereta abang mula membebel sebab aku suka keluar rumah dengan kawan-kawan..aku mula muncungkan mulut, geram!dia pon ada kawan, aku pon ada kawan..dia tue selalu sangat..aku keluar pon bukan dengan kawan lelaki, kawan perempuan..pergi beraya pon bukan dengan kawan lelaki tapi kawan-kawan perempuan..

Lepas hantar abang balik, tak sampai 5 minit, epi dan Miza terpacak depan rumah aku..memula ingat nak pergi melepak kat KB Mall..pastu Epi tetiba je nak makan KFC..so, kitorang pergi KFC Kok Lanas je la..jimat masa dan minyak kereta..hehe!Melepak kat situ sampai maghrib..bhaha!

 aku ushar pakwe ensem, suruh dia amik gambar kitorang..haha


 nak balik dah..memasing bawak bekal balik..
tq Miza belanja aku kepsi..haha..

Trio!

RAYA KEENAM

haip, raya keenam tue ari ahad kan?adik aku dah start sekolah la weyh..which means, kereta takde la kan..so pepagi tue aku bangun, of course kena hadap kerja rumah la wei..aku bangun kol 5 pagi lagi sebab nak tolong adik aku siapkan kerja sekolah..bagus kan aku?self-praise ok! Adik aku sorang tue je lagi yang masih belajar..yang bongsu tahun depan baru masuk tadika..

Lepas mak aku pergi kerja dan adik aku pergi sekolah, maka bermulalah tugas aku suri rumah yang bertangga..haha..bermula dengan kemas dapur, basuh baju berbakul-bakul seterusnya kemas bilik, kemas dua-dua ruang tamu dan jemur kain..pastu mula masak sikit tuk alas perut..qadha tidur kejap..bangun tu pergi angkat kain, kemudian jemur lagi, lipat pulak kain and so on lah..sehingga lah mak aku balik kerja.

Tak lama lepas tue, Miza ajak aku keluar pergi main bowling malam tue..aku ajak adik aku no 3 tue pergi sekali sebab boleh dia tolong amik gambar kat kitorang..so on lah..malam tue, dalam pukul 8.30 malam, abang suruh datang amik dia dulu sebab ada urusan sikit dekat Kok lanas..then, pergi hantar dia pada kawan baik dia..aku pulak parking kereta dekat Dataran Ketereh..senang Miza nak datang amik..

Masa Miza sampai tue, dah pukul 9 lebih..dia datang dengan epi, pakwe dan kawan-kawan pakwe dia..memang penuh la satu kereta avanza tue..sekali dengan aku dan adik, adalah seramai 7 orang..memula kitorang pergi KB Mall..ingat nak main sana..sampai sana, KB Mall dah tutup..tapi tempat bowling tak tutup lagi..dalam kol 1 pagi baru tempat bowling tue tutup..ingat nak amik no dulu, tapi ahkak dekat kaunter tu cakap walaupun kitorang amik no, still tak sempat main..kami redha..kitorang pon decide nak pergi try tengok tempat bowling kat Billion pulak dan alhamdullillah, banyak lagi kosong..kitorang amik dua lane..satu untuk man lane, satu lagi untuk women lane..tapi lane dekat Billion tak best..sepanjang aku dalam arena bowling ni, lane dekat Sunshine, Penang je yang paling best!kat genting aritu pon tak sebest di Sunshine..

Kitorang masing-masing main dua game..dan dua-dua tue aku no 1..hehe..self-praise sekali lagi..kata mereka, lane bermasalah..truely, firstly aku memang ingat lane yang licin..but lepas dah lontar banyak kali, i got the technique! hahaha..average jatuhan pin aku dalam 133 jatuhan pin..tinggi sikit dari aku main di sunshine..truely, aku memang minat giler main bowling..dari zaman matrik hinggalah sekarang..dan makin menggila bila bercinta dengan abang sebab dua-dua kaki bowling..kalau pergi penang, banyak masa habis stay kat pusat bowling jer..and after 1 tahun 5 bulan kami bersama, pertama kali aku dapat kalahkan abang..tu pon after 7 games kitorang main..games kelapan aku menang..gila tak gila sehingga 8 games kitorang main..dekat seratus just for bowling saje!hehe!

Trio!


Lepas main, kitorang cepat-cepat balik sebab jam sudah menunjukkan 12 tengah malam..homaigod! agak-agak kol berapa sampai rumah?haha!balik tue call abang, suara macam marah jer, sebab dia dah pesan balik awal..tapi dia tak marah terang-terang sebab dalam phone dan lagipon dia pon sama, still lagi best-best melepak dengan kawan-kawan baik dia..kitorang dah janji, jangan kacau aku dengan kawan-kawan aku kalau dia taknak aku kacau dia melepak dengan kawan-kawan dia..so adil la kan?nanti aku bini dia lah kalau dia nak gari aku duk rumah 24 jam..


No comments:

Post a Comment