Friday, September 16, 2011

Kisah Syawal 2011 Part 1

Mai aku story mory tentang sambutan hari Raya Aidilfitri pulak! hehe..memang raya sakan aku tahun nie..haha!

RAYA PERTAMA

Pagi raya tu, lepas subuh, aku dah terpacak duduk tegap belakang dapur..buat apa?bakar sate ok! 100 lidi, aku sorang yang pulun..sabor je lah! Lepas solat raya tue, of course la beraya dengan family kan?ngan atuk dan nenek, uncles and aunties and so on lah..

Pastu firstly, kitorang gerak pergi raya rumah atuk saudara, then pergi rumah mak kandung cousin aku kat Dewan Beta..balik tue, stay rumah je la..jaga rumah takut rumah lari..haha!taklah, sebab rumah aku takde orang, so aku kena jadi guard, kot-kot ada orang datang raya..hehe..tapi aku tidur je memanjang..petang tue, Miza datang raya..

Malam tue pulak, aku main 'kejar-kejar' dengan mak aku..hinggalah keluar 'gosip panas' kat rumah Efiey hingga menyebabkan Miza terpaksa call aku..bhaha!aku pulak best-best duk makan pizza dengan si Chenta hati..haha!

RAYA KEDUA

Open house rumah auntie aku kat Wakaf Bharu, rumah Ewa dan Rumah Miza..firstly, pergi rumah auntie aku dulu, before tue, pergi KB jap rumah uncle terchenta tapi dia takde kat rumah..so aku patah balik ke rumah family sebelah arwah abah kat Mulong..lepas tue baru pergi wakaf Bharu..pergi rumah family, budak-budak je penuh dalam kereta..maklumlah, aku cucu sulong dalam keluarga sebelah mak..yang lain mengikut sebab mahu kutip duit raya..kata mereka..

Lepas zohor, aku mintak izin balik, sebab ada dua lagi rumah terbuka yang harus aku hadiri..lepas hantar bebudak tu kat rumah, aku cepat-cepat pergi rumah Miza kat Padang Kala..pekena sate dan nasi dagang..aku makan banyak sangat! haha! Then, kebetulan, pakwe Miza ada datang, so kitorang sama-sama pergi rumah terbuka Ewa pulak kat Batu 8..kat sana, sempat jumpa Airin dan pakwenye..then, lepas rumah Ewa, kitorang balik semula rumah Miza..dan aku makan untuk second round pulak! haha!

Tak lama lepas tue, bunyi mesej masuk..tengok-tengok abang cakap, dia dah balik rumah..bila dia mesej begitu, petandanya suruh aku pergi ambil lettew..tanya dia lapar ke idak..dia cakap lapar..aku pon terus pergi amik dia kat rumah, bawak dia lepak vs makan kat rumah Miza..akibat kena temani dia makan, aku makan sate for third round..bhaha! memang makanan dan air kat rumah Miza tue habis kat aku jer ok! haha!

Then, abang ajak aku blah..kitorang lepak kat Mutia..bhaha!buat apa lagi kalau bukan makan..aku pekena Maggi Tomyam..bhaha!lepas tue, abang ajak pergi PCB, pekena seafood pulak..sampai KB, kitorang patah balik sebab kenyang sangat dah..so malam tue, kitorang ukur jalan je!

RAYA KETIGA

Pagi tue, aku call abang, tanya nak ikut tak pergi raya rumah cikgu dan kawan-kawan aku..memula abang taknak ikut sebab nak pergi rumah terbuka kawan sekolah dia kat Padang lembek..masa aku bersiap nak pergi tue, dia mesej nak ikut..OMG..sabar je lah..aku tanya, kenapa tak pergi rumah kawan dia, kenapa mesti ikut aku..dan jawapannya, secret! haha! kang ada yang terasa hati..sensitif isu memang tak boleh tulis..bhaha!arahan dari pihak berkuasa.. ;p

memula aku pergi amik abang kat rumah dia, then amik Nora kat Kg. Dendang, baru pergi amik Miza..tapi apakan daya, Miza takde kat rumah..so, kitorang pergi beraya rumah Timoh kat Kg. Chengal..rumah timoh best sebab ada dusun buah-buahan..dulu masa sekolah, suka sangat pergi rumah dia bila musim buah..masa aku datang kali ni, buah 'katok puru' je mak dia bagi..haha!

Lepas tue, pergi rumah terbuka Sir Syed kat Kg. But..guru English aku masa zaman sekolah menengah dulu..pekena sate dan nasi himpit..jumpa juniors lelaki yang selalu aku usik dulu..gile malu..aku dulu suka usik juniors lelaki..bhaha!dan abang mula main jeling-jeling..bhaha!

Family Nora ada datang rumah Nora, so kitorang cepat-cepat pergi hantar Nora balik..tak dapat duduk lama-lama rumah sir..lepas hantar nora, hantar timoh pulak dan terus ke rumah Miza..ingat nak ikut Miza pergi beraya kat rumah kawan-kawan dia, tapi masa tue aku rasa macam nak demam, abang pon nampak penat, aku ajak dia balik..dan balik rumah tue, aku memang demam..terpaksa telan ubat, mandi dan tidur bawah kipas tuk menghilangkan haba..gila menggigil tubuh..haha..

Alhamdulillah, dalam dua jam je aku buat treatment camtue, aku kembali sihat..malam tue, aku cuma keluar dinner dengan adik-adik aku.. :))


No comments:

Post a Comment