Thursday, October 6, 2011

kemana menghilang?

haip!



Lama giler tak menulis disini..owh aku sangat rindu pada blog masam manis aku ni..tapi nak buat macam mana, totally busy kot! eh, takdela busy sangat pon..saje membusykan diri..eh bukan, saya betul-betul busy..menyiapkan segala macam jenis report memandangkan jangka masa pengajian untuk semester kedua tahun pertama bakal melabuhkan tirai dalam masa 14 hari lagi..what? rasa baru sekejap masuk semester dua yang agak mencabar mental dan fizikal nih..

tapi dalam kebizian melampau nie, sempat lagi aku berdating dengan abang..sebab abang datang KL..untuk pertama kalinya selepas 9 bulan aku bermastautin disini..kan dah cakap, aku sedaya upaya tahan perasaan rindu dari pergi ke Penang..dikesempatan yang ada, dapat kami jumpa kat sini..ini cerita, aku cerita lain entry.. :))



dalam masa 14 hari ni, aku ada test 2..yang mana tarikh-tarikh untuk setiap subjek boleh membuatkan aku mati berdiri kerana 4 subjek killer hanya berselang sehari..selamat datang dunia zombi..selamat berhibernisasi..selamat kembali ke dunia stress..selamat datang air dan mata=airmata..hehe..test 2 adalah untuk carry marks for final exam nanti..subjek yang boleh buat aku terbunuh sekali lagi ialah Pathology..need to study more and more..moga diberi masa dan waktu yang mencukupi..hati rawan sungguh! rasa baru seminggu kami student MLT berehat dari sebarang test..namun praktikal setiap hari.. T.T sangat penat okei!



Dalam test tu kelas tetap berjalan seperti biasa..lecturers pulak berebut-rebut nak buat kelas, tak mahu kalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang masih berbaki..lepas tamatnya test 2 pada 21 haribulan, aku bakal pulang ke kampung halaman tercinta selama 3 minggu..cuti deepavali + cuti raya haji + study weeks..dan aku bakal datang dengan segala alat perang pada 14 November nanti..truely cuak! :'(

doakan aku kuat dan tabah..dengan kehidupan yang tersangat busy..dengan subjek yang amat menekan mental dan fizikal.. :)




No comments:

Post a Comment