Monday, October 31, 2011

HATI SEORANG WANITA? WAJIB BACA

Lama rasanya tak menulis disini..tetiba terasa kekok untuk memulakan patah bicara..rindu pada dunia penulisan..sejak dulu, kini dan selamanya..rindu untuk menulis dan membaca pelbagai bahan bacaan yang mana sudah sebati pada diri sedari kecil lagi..dilatih dan diasuh oleh keluarga dengan budaya begini..bahan bacaan tak kira fiksyen, berita, artikel mahupun buku cerita..

Masih ingat lagi kata seseorang,  “kerana tulisan juga kita peroleh pahala, dan dengan penulisan juga kita peroleh dosa..dengan tulisan kita punya ramai rakan-rakan baru..dengan penulisan juga kita cipta ramai musuh..” Sebetulnya, saya amat jengkel pada sesetengah blogger yang menggunakan blog untuk menghentam orang..

Rasanya cukup mukaddimah setakat itu..saya ingin berkongsi satu kisah yang mana betul-betul terjadi dalam kehidupan saya, di depan mata saya…kisah tentang seorang isteri..bukan untuk mengaibkan sesiapa..tapi saya menulis untuk berkongsi rasa..

Sebetulnya saya tak tahu bagaimana untuk menyusun kata dipermulaan ini..

Sampai ke saat saya menulis ni, saya terfikir dan terus berfikir, tentang hati seorang perempuan, yang mana dia merupakan seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya yang sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing..

Kisah ini berlaku ketika percutian saya di kampung tempoh hari..di mana si suami terlibat dalam kemalangan..ianya berlaku akibat sifat manusia yang suka mencuri kabel telefon di sebuah kampung..ketika itu pukul 6.30 pagi, si suami mahu ke pasar untuk membeli sayur untuk kelengkapan perniagaan mereka pada hari tersebut..mereka merupakan penjual makanan kecil-kecilan yang diusahakan bersama-sama..

Ketika si suami terlibat dalam kemalangan, mujur ada orang kampung yang baik hati menghantarnya ke klinik berhampiran..kemalangan terbabit menyebabkan perut si suami berlubang, luka panjang di dahi akibat kabel telefon yang tak sempat di curi dan ditinggalkan sebegitu sahaja di atas jalan dan mengakibatkan kecederaan pada orang awam..bagi saya manusia sebegini tidak bertamadun..menyusahkan orang ramai..sebab itu, ganjaran pahala diberikan pada orang yang membuang halangan di jalanan..

Apa yang buat saya terfikir, mana rasa belas dari seorang isteri bilamana si suami terlibat dalam kemalangan, si isteri sibuk menyiapkan barangan untuk di jual pada hari tersebut..sedangkan suami diusung menaiki ambulans seorang diri, si isteri sedang memotong sayur di dapur rumah..saat suami di rawat di kecemasan, si isteri sibuk menjual barangannya di pasar..

Saya tertanya-tanya, si isteri itu tak punya hati dan perasaan kah? Jika punya hati, hati apakah itu? Mana rasa kasih sayang seorang insan bernama perempuan? Apakah hati itu tak punya rasa belas pada sang suami? Sedangkan suaminya terlalu baik..ikut segala kehendak si isteri ketika sihatnya..patuh pada setiap kerjanya..seorang yang amat rajin membantu, tak pernah mengeluh walau sedikit pun..dan yang paling bagus, si suami tak pernah membuka kisah rumah tangga mereka pada sesiapa..pahit manis ditelan sendiri..bukannya tak boleh tolak barang jualan kepada peraih kerana ketika itu masih awal pagi..

jika rugi pun pada hari itu, tak lebih RM100..apalah sangat jika dibandingkan disisi suami..suami lebih bernilai dari wang..lagipun jumlahnya amat kecil..mereka bukan orang susah yang tak berduit..rumahnya bak kata orang seperti “mahligai” sehingga kaki hitam sedikit pun tak sanggup nak memijak lantai rumahnya..

Ianya amat menyentuh hati saya bilamana saya melawatnya dihospital pada malam kejadian..ketika saya sampai, sang suami itu menutup mata perlahan-lahan dan mengalirkan air mata di hadapan saya disaat saya ditinggalkan sendirian bersamanya..

Kemudian saya dapat berita yang mana si isteri itu pergi ke hospital tengah hari itu dan menjaga sehingga maghrib..kemudian pulang..pada pengamatan saya, sebagai seorang isteri, tempatnya disisi suami..ketika suami sakit dan sihat..bukannya hanya ketika sihat..tentunya si suami terlalu memerlukan isteri saat sakitnya..

Memikirkan ini, saya betul-betul bingung..perempuan itu tak punya perasaan kah?tak bimbang kah pada suami yang di kategorikan separa kritikal itu yang ditinggalkan di hospital?lenakah pada malam nanti?

Dan paling buat saya makin sebak, bilamana saat suaminya terlantar sakit, sempat lagi anak bongsu nya yang masih bersekolah rendah bertanyakan mengenai tanah (harta), bila mahu ditukar milik sebab takut ayahnya mati tanpa sempat tukar nama pemilik..sedangkan budak tu baru sekolah rendah..apalah  sangat budak sebesar itu tahu tentang semua ni kalau tidak ada “orang belakang” yang mengajarnya..

Rasanya cukup setakat ini, saya rasa tak mampu nak meneruskan lagi kerana bila fikirkan kembali,  segala perasaan bercampur baur..marah, geram, sakit hati, sedih semuanya bersatu..

Sebagai konklusinya, JANGAN BERKAHWIN kalau TAK punya ILMU RUMAHTANGGA yang CUKUP..jika TAK TAHU apa itu erti TANGGUNGJAWAB dalam beRUMAHTANGGA..
Saya bukan ingin mengatakan bahawa saya sudah cukup ilmu dan sebagainya..saya hanya budak mentah yang masih lagi bertatih untuk berjalan..ilmu itu harus dicari bukan?tak kira dari medium apa sekalipun..

Teringat sebuah lagu nasyid yang amat saya sukai sedari saya kecil lagi,

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan




No comments:

Post a Comment