Tuesday, November 1, 2011

Bila namanya kehidupan

Lagi 20 hari untuk saya menduduki final exam..tapi tuan masih rilek kemain..tidur, bangun, makan..test 2 pun masih belum tamat..hari jumaat ni dengan paper subjek paling killler, Clinical Chemistry..saya amat pelik dengan diri saya semenjak dua menjak ni..dimana semangat berjuang dalam pelajaran yang ada dalam diri saya yang ada sejak saya sekolah rendah lagi..

Dah dua hari kelas takde..tapi still kena pergi kolej..sebab attendant di ambil..jadi seperti biasa, rutin harian saya pagi-pagi bila sampai kolej, saya akan melelapkan mata di surau..ianya lebih baik dari saya duduk tak tentu hala dan berbual yang menjuruskan mengumpat..biarlah orang cakap saya suka tidur sekalipun, itu lagi baik saya terus-terusan membuat dosa mengumpat..sedangkan banyak lagi dosa yang sudah terpikul di bahu saya..

Tadi, pensyarah subjek Histopathology je yang masuk kelas untuk discuss paper histo bagi test 2..saya masih lagi dapat markah rendah..dan ianya amat mengecewakan hati.. "setakat mana kau usaha, setakat itu lah rezeki kau.." Saya tak boleh nak cakap apa, usaha saya memang kurang..lepas pensyarah keluar, kami dah boleh balik ke hostel..tapi bas datang ambil pukul 1.30 petang..ikut masa yang ditetapkan..

Jadi masa-masa yang terluang, saya isi dengan menyiapkan report-report yang terbengkalai dan menyesakkan dada itu..tetiba saya rasa tertekan untuk siapkan report-report tu..nak senang, tiru orang la kan?tapi sampai bila nak pandai..dari result eksperimen, saya kena buat graf dan graf ini buat saya tertekan sebenarnya..jadi saya ambil keputusan untuk ubah sedikit nilai result eksperimen..sebab masa tu, saya dah rasa give up gile nak tentukan range dan scale nya..thank you pada Kak Yana, yang bagi report dia untuk saya jadikan guide..alhamdulillah, sebelum bas sampai, saya berjaya menyiapkan report-report tu sekali dengan pengiraan nya..

Sekarang masih tinggal satu lagi assingnment bagi subjek pathology yang mengharuskan saya membuat slide show dan paper work..saya belum buat satu haram pun lagi..janji dengan diri untuk menyiapkan hari ini agar selepas ni saya boleh belajar dengan tenang tanpa perlu memikirkan lagi kerja-kerja sampingan ini..assignment ini akan di bawa dalam carry marks untuk final exam saya di tahun pertama semester kedua.. :)

Balik dari kelas, lif untuk naik ke rumah saya masih tak berfungsi dan dengan nafas yang panjang dan hati yang sebal, saya menapak naik ke rumah yang teletak ditingkat 7..entah bila lif ni akan baik saya tak pasti..semalam saya sudah ke office hostel untuk mengadu akan hal ini..kata mereka, minggu ini akan pulih seperti sediakala..kita tengoklah nanti..kata kawan serumah saya, ia sebagai senaman untuk saya menurunkan berat badan..hehe.. :D

Mengenai berat badan, saya sedang berusaha menjaga segala pemakanan..di pagi hari saya akan pastikan saya minum air yang memberi sumber tenaga pada saya sebagai breakfast dan ia mengenyangkan..manakala di tengah hari saya biasanya akan membeli yogurt di Seven E yang berhampiran dengan kolej..perisa kegemaran saya semestinya Strawberi ataupun Blueberri..dan saya akan mengambil sekotak air susu DUTCH LADY untuk menjaga kesihatan perut saya kerana saya mempunyai gastrik..dan makan malam saya cuma memakan buah-buahan yang dibekalkan oleh ma..ma bekalkan 3 jenis buah-buahan iaitu buah oren, epal hijau (kegemaran) dan buah lai..

Rasanya hampir 20 minit saya mengadap blog..jadi harus pergi sekarang, tidur sekejap untuk bangun menyiapkan assignment petang nanti.. :))

Nota 1: hati saya seakan seperti batu..keras semacam bila menghadapi persekitaran hidup sebegini..

Nota 2 : Kakak itu menjadi sumber inspirasi saya..macam idol untuk hidup saya..moga satu masa nanti saya bisa bertemu dengannya..atau cukup berbalas senyuman.. :) tentunya dia sangat sibuk dengan tugas sebgai "penyelamat nyawa"..


No comments:

Post a Comment