Tuesday, November 1, 2011

11111

Hari ni sahaja dah dua kali saya mengupdate blog..banyak betulkan masa senggang saya? :) Update ni pun dalam keadaan kalut untuk buat assignment Patho.. :( 

Saya baru teringat hari ni hari istimewa seorang insan yang pernah dekat dengan hati saya..yang pernah saya sayangi dan menganggapnya sebagai kawan baik, kawan susah dan senang..kami pernah bersusah payah sama-sama..pernah berkongsi rasa yang sama..

Entah mana silapnya, kami tak bertegur sapa..apatah lagi untuk saling tersenyum..itu memang mustahil..setiap hari saya hanya mampu memandang wajah sinisnya..pernah beberapa kali saya menghubunginya tak berangkat dan macam-macam lagi signal yang dia bagi..jadi untuk apa lagi, baik saya angkat kaki..dalam masa itu, saya tetap menegurnya dengan baik..masih tersenyum padanya..sedangkan dia?hanya dengan wajah sinisnya itu..

Bagi saya, tak guna nak berkawan dengan orang yang tak reti menghargai persahabatan..hanya berkawan ketika susah dan dia juga dah kawan balik dengan geng yang pernah memulaukan dia dan saya lah yang selalu melihat air mata dia satu masa lalu..saya betul-betul tak ambil pusing..suka hati dia..dia dah lalui dua kali pengalaman menyakitkan bersama mereka-mereka itu dan kembali lagi..selepas ini, jika sekali lagi berlaku pada dia, saya betul-betul dah takkan ambil pusing..cukuplah dua kali saya diperlakukan sebegini..tiada lagi peluang ketiga..

Saya berkongsi dengan kawan-kawan baik saya sejak sekolah dulu..mereka juga mengalami keadaan yang sama ditempat belajar..ikut perkiraan, saya juga pernah mengalaminya di sekolah menengah dulu..dan saya juga tak ambil pusing sehingga saya mampu peroleh result PMR yang amat memuaskan hati guru-guru yang saya sayang dan keluarga kesayangan saya..kerana pengalaman lepas, buat jiwa saya kental..cuma keadaannya berbeza..

Dulu ketika saya belajar di matrikulasi, saya tak pernah jumpa orang-orang yang sebegini..mungkin ada..tapi disebabkan saya jaga batas pergaulan mahupun kehidupan sosial saya disana, maka saya tak terlalu mengikut segala perkembangan dengan baik cuma mendengar cerita dari mulut ke mulut..apatah lagi masa tu saya rapat dengan budak kaki surau..maka saya tidak terdedah dengan kehidupan sebegini di matrikulasi..dan selepas tu, saya jumpa abang..dan kehidupan sosial saya masa tu hanya bersama dengan abang..

Betullah kata pensyarah-pensyarah saya di matrikulasi dulu, bila keluar dari kepompong komuniti sekolah dan matrikulasi, kita akan jumpa ramai lagi manusia yang bermacam-macam jenis..dan sekali lagi saya nyatakan, saya tak ambil pusing..sebab saya juga ada sifat dan perangai yang tersendiri..satu kata-kata yang saya pegang, "You have your 'own' and me too.." ;)

Untuk dia, SELAMAT HARI LAHIR..saya tak tahu apa status saya, cuma apa yang saya boleh katakan, kamu pernah jadi sebahagian dari golongan-golongan orang amat saya sayang.. :)

Nota 1: Terima kasih tak terhingga pada abang..kerana dia saya KUAT..dari mula-mula kenal sehingga sekarang, dia banyak menguatkan hati dan perasaan saya yang rapuh..

Nota 2 : saya terlalu bengang dengan manusia yang hipokrit..sedangkan dibelakang makan daging sahabat baik sendiri..

Nota 3 : Saya dah lelah dan lali dengan lakonan-lakonan manusia di pentas dunia.. :)

Nota 4 : Counting the days..hampir setahun long-distance-relationship..tadi hantar ucapan untuk dia..tanda saya terlalu menghargai dia.. :))

Nota 5 : terlalu banyak kejadian yang membuatkan saya sukar mempercayai orang-orang disekeliling..saya manusia yang berdikari..ITS ME!


No comments:

Post a Comment