Wednesday, November 30, 2011

30 November 2011


Assalamualaikum wbt.

Rasa lemah sangat tubuh ni. Tak cukup tidur, waktu makan yang tak menentu dan beberapa perkara lain lagi. Saya nak catatkan cerita terakhir saya pada bulan November ni. 

Kalau siapa yang baca blog ni, pasti tahu yang saya in the mid of final exam kan. Haih, hati saya sebu sangat hari ni. Rasa sayu dan sedih semacam. And i know it was emotional. Haih! Saya terasa hati dengan seseorang. Yes with someone. Yang saya fikir dia seorang terlalu pentingkan diri. Saya takkan lupa apa yang berlaku hari ni, dan buat saya cari turning point buat diri saya agar lebih berdikari dan tak memerlukan bantuan sesiapa. Saya nak jadi seseorang yang, apa jua cabaran yang datang, i can face it. Dan untuk persiapkan diri, harus berusaha dengan lebih gigih lagi. Tak semestinya cabaran, mungkin juga dalam pelajaran. Saya berkias disitu. Banyak hati yang perlu dijaga.

Hari ni saya exam Microbiology practical. Ianya lebih kepada spot/oral questions. Tapi kalau untuk microbes ni, spot questions la! Dibahagikan 22 stesen/kaunter. Yang mana setiap satu stesen terdapat satu soalan yang harus dijawab selama 2 minit. Soalan kali ni tak susah sangat. Overall memang tak susah jika waktu lab practical class tak main dan berusaha mengenali tools yang digunakan. Soalan tadi hanya berkisarkan tools, reagent, dan morphology dari stain yang dilakukan. Namakan staining yang digunakan dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, semua dapat jawab dengan baik. Kecuali dua tiga soalan yang buat saya konfius!

Soalan yang terakhir buat saya rasa down sangat. Bila mana saya harus menulis procedure staining untuk gram stain. Otak saya haru biru masa tu. Rasa nak nangis pun ada. Sebab soalan tu senang sangat. Dan melibatkan 10 markah. Saya memang tak dapat jawab sebab saya tak prepare apa-apa pon untuk procedures! Haih! Lemah sangat masa tu. Sejuk habis seluruh badan. Saya terlalu sayangkan markah yang sudah melayang itu! Untuk procedure saya hanya mampu menjawab dua langkah sahaja. Sepatutnya ada 5-6 langkah kerja. Haih! Tension. Keluar lab terus saya ketuk-ketuk kepala saya. Huhu. =.=

Besok? Still praktikal exam lagi. Tapi kali ni cuma dry. Tak perlu masuk lab. :)) Esok subjek immunology. Sebetulnya saya memang tak sukakan subjek ni. Susah sangat bagi saya. Setiap kali saya baca nota immuno, mesti tahap stress saya meningkat. Membuatkan saya begitu fed up untuk study! Jumaat pula MCQ dan SAQ paper. Saya betul-betul tak sabar menanti habisnya exam immuno. Dapatlah saya menarik nafas lega sedikit Sebelum minggu terakhir exam. :)

Sekarang tengah prepare sedikit slide untuk pathology oral exam minggu depan. Pathology oral exam akan buat saya lebih derita. Why? Sebab saya akan diberi 15 slide di screen. Dan harus mengenal pasti yang mana satu struktur-struktur cancer, apakah ketidaknormalan gambar slide yang diberi and so on. Kalau saya terangkan pun tentu ada yang tak paham kan. Tapi mujurlah patho oral exam tu hari terakhir exam. 




No comments:

Post a Comment