Saturday, November 26, 2011

Review Exam : First Week


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya dah selesai subjek kritikal saya iaitu subjek Microbiology untuk MCQ dan SAQ.  Praktikalnya pada minggu hadapan. Sekali lagi saya ucap alhamdulillah sebab apa yang saya study, semuanya keluar! Apa yang saya spot pun keluar. Alhamdulillah, alhamdulillah. Kali ni Miss Amilia bagi soalan yang straight to the points. Cuma ada juga dua tiga soalan yang saya lupa, maka saya goreng sahaja tika soalan SAQ. Soalan MCQ nya agak susah sedikit. Hampir enam soalan dari 20 soalan yang buat saya konfius. Seperti biasa, saya akan hentam koromo. Hehe!

Untuk practical exam bagi subjek histo pula pada keesokkan harinya, kami dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan untuk jawab spot questions. Manakala untuk satu kumpulan lagi, buat practical exam. Untuk spot questions agak tough sedikit untuk saya. Dalam lab tu dibahagi kepada 20 stations. Yang mana setiap station ada satu soalan. Kena jawab dalam masa 2 minit. Maka selepas dua minit, setiap orang harus bergerak ke station seterusnya. 

Soalannya memang mengelirukan saya walaupun saya dah prepare awal-awal. Sekali lagi, apa yang saya prepare ada yang keluar. Miss tak bagi tips sikit pun untuk spot questions. :( Cuma saya agak lemah di bahagian soalan staining. Diberi gambar rajah cell yang dilihat under microscope dan saya harus menjawab, staining apa yang digunakan, reagent apa dan bla bla bla. Itu yang saya lemah sangat-sangat. Maka saya hanya menjawab apa sahaja yang terlintas di fikiran saya. Malam sebelum tu, saya memang tak prepare pun nama-nama staining. Poor me!

Lepas habis 20 spot questions, kami di kuarantin sehingga lah group satu lagi siap buat praktikal. Sambil-sambil tu saya menghafal procedure-procedure setiap experiment yang miss bagi tips. Hehe! Ramai yang spot staining PAS yang keluar. Oh, kalau subjek histo, kami tak diberikan procedure untuk buat praktikal. Procedure harus dihafal. Sekian! :)Tiba masa untuk group saya masuk buat praktikal. Masa selisih dengan group satu lagi, dorang siap-siap bisik lagi, PAS Staining yang keluar. Yeay! :) Suka bangat sebab saya betul-betul fokus pada procedure staining. Alhamdulillah, ya ALLAH!

Alhamdulillah, staining saya menjadi kali ni. Betul-betul dapat tengok cell yang saya prepared under microscope. Cantik sangat. Dapat lihat struktur blood vessel, nuclei, glycogen dan red blood cell. Saya suka sangat sebab before ni, saya memang lemah sangat dalam staining. Overall, masa histo practical class yang paling saya tak suka sekali. Sangat tak suka. Hehe. Tak pernah menjadi eksperimen saya. Tak pernah jumpa cell bila dilihat dari microscope. Kalau dapat tengok pun, sel pulak yang rosak. Haih. Mujur kali ni betul-betul menjadi. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Lepas tu kena siapkan report. Reportnya tak leceh sangat. Cuma kena tulis procedures dan lukis gambar rajah apa yang kita lihat dibawah microscope. Kemudian slide dan report harus disubmit sebelum keluar. Masa keluar dari lab, tersenyum lebar saya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana betapa puasnya hati saya dengan perjalanan final exam saya untuk minggu pertama ni. Lagi dua minggu untuk saya bersengkang mata sebelum pulang ke rumah. :)

Minggu depan saya exam Pathology, Immunology (MCQ, SAQ dan practical) dan Microbiology Practical. Semuanya subjek-subjek kritikal saya. Maka tentunya otak saya bakal stress yang teramat. Dan mungkin akan tension yang melampau. Agak tough sangat minggu depan tanpa ada gap walaupun sehari. :( Sudi kiranya kamu-kamu yang membaca blog ini melayangkan sedikit doa untuk saya agar dapat tenang dan dapat jawab exam minggu depan dengan baik. Terima kasih. :)

NOTA : Entri bakal bersambung lagi dengan cerita saya ke KL sendirian menghabiskan wang ringgit! Kaya cuma sekejap, maka miskinnya berpanjangan T______T

No comments:

Post a Comment