Monday, November 21, 2011

First Paper, Final Exam.

Assalamualaikum wbt.

Yeay! Dah lepas satu kertas. Rasa semput nafas jawab soalan exam tadi. Alhamdulillah, apa yang saya study di minit-minit terakhir ni, keluar. Tapi saya tak expect semua yang saya jawab tu betul. Saya bukan budak genius. :) Salah tu adatlah kan. Overall memang puas hati. :)

Esok ada gap sehari. Yeay! Boleh tidur. Eh silap, boleh study subjek killer saya. Microbiology which is on 24 November. Hati dup dap dup dap. Takut! Satu haram pun saya belum study lagi untuk subjek tu. ;p Lusa ada exam praktikal untuk Clinical Chemistry. Takdelah takut sangat sebab overall eksperimen sebelum ni masa dalam kelas praktikal saya dapat buat dengan baik walaupun ada sedikit kesalahan kecil. Saya berdoa agar soalan praktikal yang sama juga akan keluar. :)

Tentang praktikal? Saya paling benci sediakan report. Saya sangat-sangat tak suka buat report. Fullstop. Memang dah tak boleh nak ubah perangai saya yang satu ni. Dah usaha tanamkan perasaan suka buat report, tapi tak boleh. Tak berupaya. Hehe! 

Kesihatan saya beransur baik. Alhamdulillah. Masih batuk lagi tapi tak seteruk hari tu. Dah boleh tidur dengan lena cuma semalam saya tak mampu nak lelap mata. Mungkin cuak dengan exam hari ni. Badan terasa panas. Saya tak melayan sangat. Kata abang, saya mesti fight. :)

Setiap kali saya telan ubat setiap kali tu la saya akan tertidur. Oh heaven sangat. Tidur adalah perkara yang paling saya gemari. Hehe. Sejak saya sakit ni, waktu tidur saya kembali normal. Harap-harapnya akan normal sentiasa. Tapi rasanya tak mungkin sebab dalam final exam sekarang. Final segala final untuk semester kedua ni. Yang mana akan menjadi titik tolak untuk naik semester atau tidak pada tahun hadapan. :) 

Semalam saya mesej pada ahli keluarga saya, minta restu buat kali terakhir dan minta semua mendoakan saya. Termasuk juga orang-orang terdekat saya iaitu sahabat-sahabat saya. Terima kasih atas kata-kata semangat dari sahabat-sahabat saya di wall facebook mahupun melalui mesej di handphone saya. Ya, saya terlalu memerlukan doa dari orang disekeliling saya untuk terus bertahan, tabah dan kuat. :)

Nota 1 : Saya rindu nak cium tangan mak saya setiap kali sebelum saya menghadiri exam. Terima kasih pada keluarga yang buat solat hajat ramai-ramai untuk saya. Saya sayang keluarga saya. :)

Nota 2 : Semalam call nenek, hati sebak sangat. Menitis air mata saya. Tersedu menangis seorang diri. Betapa saya mahu pulang. T____T

Nota 3 : Saya terlalu rindu pada kawan-kawan saya. Sangat rindu. T__________T

No comments:

Post a Comment