Tuesday, November 22, 2011

Minat Sedari Kecil

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah pada pasukan Harimau Muda yang berjaya menewaskan Indonesia semalam dalam Sukan Sea. Akhirnya garuda patah sayapnya. Suka. Perlawanan semalam memang sengit sangat dan penuh dengan sinetron. :) 

Tak kurang hebatnya sinetron yang berlaku pada penonton yang semestinya cemas dan bimbang. Tubuh seram sejuk usah dikata. Sorakkan demi sorakkan yang menggegarkan bangunan hostel memang didengari seluruh warganya. Saya berteleku dihadapan TV sedari pukul 8 malam lagi. Punya lah semangat.

Paling saya suka semalam Baddrol Bakhtiar. Terasa jatuh cinta dengan beliau. Biarpun diasak dan terus diasak, dia tetap cool. Muka dia sangat innocent. Saya juga amat kagum dengan Khairul Fahmi Che Mat. Penuh dengan komitmen dan semangat juang yang tinggi. Bila menang semalam, saya rasa bangga sangat dengan pasukan Harimau Muda yang berjuang habis-habisan semalam. Berhempas pulas sehingga 120 minit demi maruah negara tercinta. Dan berakhir dengan sepakan penalti.

Berkongsi kegembiraan sama-sama dengan abang. Hingga saat saya menulis ni, saya tak henti-henti untuk tersenyum dan tersengih macam kerang busuk. Hehe! :)) Banyak berita yang menggembirakan saya akhir-akhir ni. Antaranya lagi, dengan kembalinya 3 Abdul dalam The Red Warriors. Pasukan Kelantan akan makin kuat pada tahun 2012. Insya ALLAH. Musim tahun depan semestinya akan lebih berwarna-warni. :)) 

Berbalik pada tajuk diatas, saya minat pada sukan sedari saya kecil lagi. Masa saya bersekolah rendah lagi.Tika belum baligh dan belum tahu apa-apa. Dulu masa sekolah rendah saya bersekolah di sesi petang. Masa tu, siaran langsung Sukan Sea mahupun Olimpik atau Komanwel, diadakan pada sebelah pagi. Jadi lepas saya mengaji Quran pagi tu, saya dan adik lelaki saya akan berteleku didepan televisyen. :)

Kami akan berada depan TV sampai lah habis siaran langsung. Kemudian mandi dan pergi sekolah. Selagi tak habis siaran langsung, selagi tu lah kami takkan bergerak dari kaca televisyen. Makan pun depan TV. Dulu, makan depan TV adalah pantang larang dalam keluarga kami. Tapi mak dan abah pergi kerja, jadi suka hati kami nak buat apa pun. :)

Semalam menonton perlawanan bola sepak, bagai mengimbau kembali kenangan saya dengan adik lelaki saya sewaktu kecil. Kini kami dah ada hala tuju masing-masing. Dia di Kuantan, saya pula di Shah Alam. Jumpa jarang-jarang sekali iaitu sewaktu raya. Tapi kalau balik, bukannya masing-masing lekat di rumah. Tidak dia yang keluar, saya yang keluar. Jumpa bertentang mata sekejap-sekejap. Tengok-tengok dia dah nak berangkat pergi. :'(

Kini, saya tak punya masa yang cukup untuk menonton sukan. Kalau ada masa senggang pun, tak sama waktunya dengan siaran langsung di TV. :'( Kalau ada yang boleh tonton pun bolasepak sahaja. Sebab perlawanan diadakan pada waktu malam. Teman saya menonton pula, kalau tidak abang, saya berseorangan. Kalau tidak bersama dengan orang-orang yang saya tidak kenal, di bilik TV hostel mahupun di gerai makan. :)

Nota 1 : Sekarang saya lebih suka melepak di bilik TV kat hostel. Sebab saya tenang begini. Tak terasa tertekan dan terkongkong seperti berada di bilik yang sempit! :) 

Nota 2 : Tak sabar jumaat ni, nak pergi Lowyatt! Baiki laptop saya. :)

Nota 3 : Esok exam praktikal subjek Clinical Chemistry. :)

Nota 4 : Study Microbiology buat saya sedar subjek ni tak susah pun sebenarnya. Banyak general knowledge. Betul kata miss Amilia. :)

Nota 5 : Antara buat saya happy lagi, saya dah tak perlu buka laptop untuk baca blog kegemaran saya! Sebab saya dah boleh baca dalam google reader dalam handphone pemberian abang. Suka sangat! Saya juga online FB dan Twitter melalui handphone sahaja sekarang ni. Tak perlu susah-susah. Terima kasih abang!

No comments:

Post a Comment