Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, selepas beberapa hari saya tak menjenguk disini, kerana terlalu banyak dugaan yang mendatang, akhirnya saya dapat jugak menempek sekejap disini dalam keadaan tergesa-gesa.
Raya Aidiladha kali ni saya hanya menghabiskan masa di hospital. Cerita hospital ,kita cerita lain entri. Insya ALLAH.
Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya menghadiri majlis akad nikah sahabat baik sendiri. Tahniah saya ucapkan pada Umi Zulaikha yang kini sudah bergelar isteri orang. Beliau merupakan sahabat baik saya ketika di Matrikulasi. Susah senang banyak di kongsi bersama. :)
Tanggal 8 November 2011, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan nya, Muhd Nor Azmi di Masjid Kampung Lating. Kira-kira 15 minit dari rumah saya.
Malam sebelum tu saya berjaya mintak izin dari keluarga untuk keluar dari hospital selepas 3 hari menjaga nenek di HRPZ 11. Balik dari hospital terus mandi dan tukar pakaian untuk cari hadiah buat sahabat kesayangan saya ni. Memula pergi jemput abang dulu, sebab kami janji nak pilih hadiah sama-sama.
Bincang punya bincang, kami cadang pergi pasar raya yang terdekat memandangkan keadaan saya masa tu penat. Memula survey, apa yang patut dibeli, maklumlah ini merupakan pengalaman pertama sahabat baik sendiri kahwin. Pening jugak dibuatnya nak pilih hadiah. Akhirnya abang yang pilihkan. Thank you abang!
Keesokkan paginya, saya dan abang bertolak dari rumah pukul10.50 pagi. Sebab majlis akad nikah Ika pada pukul 11 pagi. Masa kami sampai, pengantin perempuan masih belum tiba lagi di masjid. Pihak pengantin lelaki tegur saya supaya call Ika sebab dah lewat hampir 20 minit. Kata Ika, dia dalam perjalanan.
Alhamdulillah, tepat jam 12 tengah hari, Ika sah jadi isteri orang. Jelas terbayang wajah bahagianya. Saya tumpang gembira dan berdoa moga masjid yang baru dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Selepas bergambar di masjid, saya dan abang terus ke rumah nya untuk menikmati juadah. Majlis persandingan pukul 2 petang. Saya tak sempat lihat sebab harus ke hospital.
upacara pembatalan air sembahyang.
sahabat, moga bahagia selalu. :)
saya dan Puan Ika.
ambil berkat dengan beliau selepas majlis akad nikah. :)
hantaran belah perempuan. Tak complete lagi, sebab saya pergi awal.
ini dia.. :))
Jangan di tanya bila giliran saya, sebab tarikhnya hanya ALLAH yang tahu. Andai ada jodoh kami, pasti akan dijemput. Apa pun doakan yang terbaik untuk kami.
Nota 1 : Saya dah habis cuti, tapi tapi taknak balik Shah Alam lagi.
No comments:
Post a Comment