Sunday, November 20, 2011

Sakit

Assalamualaikum wbt.

Kesihatan saya beberapa hari ni amat teruk. Alhamdulillah, hari ni semakin ok! Malam kelmarin, saya demam teruk sehingga sesak nafas. Tak dapat tidur sampai pagi. 

Bangun pagi semalam, saya rasa masih susah nak bernafas. Jadi, saya ambil keputusan, pergi hospital Kuala Lumpur sorang-sorang. Saya jalan kaki sorang-sorang, keluar dari kolej ke perhentian bas. Dalam keadaan lemah sangat. Nasib saya baik, sebab saya terserempak dengan coursemate saya. Jadi dia tumpangkan saya dengan kereta nya. Melihat keadaan saya yang agak teruk, dia mahu hantar saya ke Hospital Klang. Tapi saya minta dia hantar saya ke Stesen Komuter sahaja. Saya tak mahu menyusahkan dia untuk tunggu saya di hospital.

Saya menaiki komuter menuju ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan, saya batuk. Dada saya terasa sangat sejuk dan nyilu. Sampai di KL sentral, saya berjalan keluar dari bangunan untuk ke stesen Monorail yang terletak diseberang jalan. Dengan menaiki monorail, saya menuju ke stesen Chow Kit untuk ke HKL. Sampai stesen Chow kit, saya harus berjalan sejauh 800 meter untuk ke Klinik Pesakit Luar di hospital Kuala Lumpur. Saya jalan sorang-sorang. Hampir menangis, tapi saya tahu, saya harus kuat.

Sampai di hospital, saya terus mendaftar diri. Kakak kat kaunter terkejut sebab IC saya asal Kelantan. Saya terangkan pada dia saya belajar di Shah Alam. Kakak tu tanya, adakah saya datang sorang diri, saya cuma anggukkan kepala. Lepas daftar, saya ke kaunter MA, yang mana untuk measure blood pressure dan temperature. Kemudian MA tu suruh saya ke Kaunter Makmal untuk ambil darah.

Alhamdulillah, keputusan darah saya ok. Kemudian jumpa doktor. Kata doktor, saya ada asma. Cuma sedikit. Jadi doktor bagi ubat untuk legakan demam, sakit tekak, batuk dan asma. Saya ingat satu kata doktor yang buat saya 'kuat'. " You must take care yourself. There's no one will take care of you. " Doktor juga pesan supaya jangan makan, makanan yang berminyak dan sejuk seperti ais.

Ambil ubat kat farmasi tu je yang lama. Hampir tertidur. Hehe! Lepas ambil ubat saya buat keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Stesen LRT PWTC di Jalan Putra. Bayangkan, saya berjalan kaki dari Jalan Pahang, masuk ke Jalan Chow Kit, kemudian ke Jalan Putra. Agak jauh ok. Dengan keadaan tubuh saya yang lemah itu.

Masa dalam perjalanan balik, saya singgah makan dekat gerai di Chow Kit Road. Terimbau kembali kisah 5 tahun lepas. Di gerai itu juga lah saya makan bersama arwah abah. The memory! Saya takkan lupa! Mata terasa panas, cuaca pula hujan. Saya cepat-cepat habiskan makanan saya dan keluar dari gerai tersebut. Mujur saya bawak payung. Sepanjang perjalanan ke Stesen Putra, saya tetap terbayang kenangan-kenangan dengan arwah abah dulu. Melalui hotel yang pernah saya dan arwah menginap dulu bila ke Kuala Lumpur, buat saya menangis sorang-sorang dalam hujan.

Sepanjang jalan saya bermonolog pada diri saya, betapa hidup saya sunyi dan sepi. Saya berkata-kata pada diri saya sendiri, saya kena kuat. Saya boleh berdikari. Saya tahu saya kuat. Biar penat, biar letih, ini jalan yang saya pilih. Sampai di Stesen LRT PWTC, saya ambil tiket ke Stesen LRT Masjid Jamek. Sebab saya harus tukar LRT ke aliran Kelana Jaya untuk ke Stesen LRT Pasar Seni. 

Sampai di Pasar Seni, saya ambil bas U65 untuk balik ke Seksyen 26, Shah Alam. Alhamdulillah, mujur tak ramai orang. Tak perlu saya berebut-rebut untuk dapat tempat duduk. Tiba di Shah Alam, saya sempat singgah di gerai makan di Kg Baru Hicom untuk beli makanan sebagai alas perut untuk makan ubat. Sebab saya terasa lapar balik. Hehe! Sedangkan dua jam yang lalu, saya sudah makan di Jalan Chow Kit. :) 

Masa sampai kat gerai tu, kebetulan ada SEA Games, perlawanan bola antara Malaysia lawan Myanmar. Jadi saya ambil keputusan untuk tengok bola sambil makan. Hehe. Saya sorang sahaja perempuan yang tengok bola di gerai itu walaupun dalam keadaan tak sihat. Saya peduli apa, itu minat saya. :) Malaysia bakal ke final bertemu Indonesia pada 23 haribulan nanti. Tak sabar nak tengok! :)

Nota 1: Penulisan saya kali ni agak ke laut. Sebab saya tulis dalam keadaan terketar-ketar. Saya tak sihat lagi.

Nota 2 : terima kasih pada yang ambil berat pada saya. Doakan saya kuat hadapi segala-galanya.

Nota 3 : Terima kasih pada Sumi, tolong aku malam tu. 

3 comments:

  1. hahahhaha., mu nie., menulis macam dah nak tinggal aku jah., gillo mu nie., hahhahahahahaha., always take care of you.,

    ReplyDelete
  2. tiey, be strong.....

    ReplyDelete