Saturday, December 3, 2011

Hari Lahir Insan Istimewa Yang Kini Sudah Pergi Menghadap Illahi

Assalamualaikum wbt. 


untuk sahabat-sahabat, masih ingat saat derita lalu saya? :) Terima kasih kerana selalu disamping saya ketika waktu-waktu sukar saya. Tak pernah meninggalkan saya. Selalu menghiburkan hati saya. Saya kuat kerana ada kalian disisi saya. Saya sayang sahabat-sahabat saya. Jatuh bangun hidup saya, bersama kalian. Demi ALLAH, kasih sayang saya pada kalian hingga ke akhir hayat saya. Dimana saya berada, kalian dihati saya. Terima kasih untuk segala-galanya wahai sahabat! 

Hari ni 3 Disember. Hari lahir insan teristimewa. Hari seorang insan yang amat saya sayangi. Tak mungkin ada sesiapa yang boleh ganti sebaris nama, mahupun tuannya dalam hidup saya. Kerana tak mungkin ada yang kedua selepas dia. 

Nama insan ini selalu ada didalam hidup saya, saya bawa kemana sahaja saya pergi. Nama nya terletak di hujung nama saya. Tapi kini, beliau telah pergi selamanya dari hidup saya. Tak mungkin akan kembali. Walau saya menangis air mata darah sekalipun, beliau tak mungkin lagi kembali. 

Dah 3 tahun lebih, beliau pergi tinggalkan saya sendiri. Beliau adalah seorang ayah, tapi tak ubah seperti rakan karib saya. Beliau juga rakan gurau senda saya, tempat saya bermanja, guru English saya, partner 'berderak' saya dan juga beliau tempat saya mengada-ngada. :)

Saya masih ingat, dihari lahir yang terakhirnya, saya cuti sekolah tingkatan 4 untuk masuk ke tingkatan 5. Masa tu saya tak mampu nak beli hadiah apa-apa. Petang hari lahirnya itu, beliau sedang membersihkan halaman rumah. Saya mendekatinya dan peluk beliau dari belakang. Saya rapatkan bibir saya ke pipinya, lama. Saya ucapkan, "Abah, selamat hari lahir. Maaf takde hadiah. " Beliau ketawa dan terus mendakap saya dengan erat dan beliau mencium dahi saya. Ye, saya rindukannya. Terlalu rindukan pelukannya. 

Setelah kematian beliau, ketika saya dan keluarga saya menyimpan barang-barang beliau, saya terjumpa sebuah diari miliknya. Dan saya baca setiap helai muka surat. Dan pada muka surat bertarikh 3 Disember 2007, beliau mencatitkan sesuatu yang hingga kini saya tak mungkin lupa setiap bait-baitnya.

"Hari ni hari jadi aku yang ke-**. Aku dapat hadiah paling istimewa dari Kak Long. Sebuah ciuman di pipi. How great you are. You have grew up be such sweet and pretty girl. I love you sayang. "

Masa baca tu, airmata laju turun, betapa ingin pecah dada saya menghadapi semua ini ketika itu. Terus berlari masuk ke bilik. Saya menangis semahu-mahunya. Sakit nya hanya Allah sahaja lah yang tahu. Saya berkali-kali ingatkan pada diri saya akan sepotong ayat dari surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." -Credit to google.

Bila saya bersedih kerana menghadapi sebarang musibah, ayat ini yang selalu saya ingati. Selalu. Sebab ia umpama pemujuk hati saya. Saya tak perlukan kata pujukkan dari sesiapa, cukuplah ayat ini.Dan satu kata-kata pemujuk lagi yang selalu saya pegang.

"Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Sebab Allah nak ajar aku supaya jadi manusia yang tabah dikemudian hari. Allah nak suruh aku kuat untuk ujian-ujian akan datang. Apa berlaku hari ni, saat ini, adalah persediaan untuk aku hadapi hari muka. "

Airmata dan iringan doa sahaja yang mampu jadi penawar saat saya merinduinya. Saya teramat sedih kerana sudah lama saya tak menjenguknya di kubur. Tapi beliau selalu ada dalam hati saya kerana disitu ada satu tempat paling khas untuk beliau. Kemana saja saya pergi, apa saja saya buat, dalam hati saya, sedikit pun saya tak pernah melupakan beliau. 

Kenangan yang paling saya tak lupakan sekali, bila saya jatuh sakit masa ditingkatan 5. Hampir sebulan saya tak boleh bangun. Dan hampir 3 bulan saya terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan. Peritnya hanya Allah saja yang tahu. Tika sakit itu, abah lah antara orang yang paling risau. Bila sakit menyerang, beliau lah bergegas mencari tukang urut. Beliau juga lah yang menemani malam saya ketika saya tak dapat tidur. Beliau jugalah yang mengurut-ngurut saya supaya kurang rasa sakit itu sehingga beliau tertidur sambil memeluk saya. Mukanya tersemmbam di bahu saya. Beliau akan terjaga bila saya mengerang kesakitan. Rindu.

Rindu saya pada arwah, tak pernah mungkin akan padam sehingga hari kami dipertemukan semula olehNya satu masa nanti. Saya simpan jauh rindu ini jauh dalam lubuk hati saya. Tiada siapa yang kenal saya seperti beliau kenal saya. Tak mungkin ada sesiapa yang sayangkan saya sebagaimana beliau sayangkan saya. Tak mungkin ada sesiapa yang boleh jaga saya seperti mana beliau pernah menjaga saya. Beliau segala-galanya untuk saya. 

-Al-Fatihah-

Nota : Kini, saya jumpa seorang insan seakan jelmaan dari beliau. Bila terpandangkan lelaki itu, saya seakan kembali ke dunia lama saya bersama arwah. Punya lesung pipit, sama dengan arwah. Ketinggian sama dengan arwah. Rambut  pun iras arwah. Warna kulit seakan arwah. Matanya hampir seakan. Cuma wajah yang membezakan lelaki itu dengan arwah. Kini saya punya lelaki itu sebagai tempat saya bermanja. Tempat saya kongsi segala suka dan duka saya. Tempat saya mengada-ngada. Tempat saya bergosip dan bergurau. Saya terlalu sayangkan lelaki itu. 

No comments:

Post a Comment