Monday, December 5, 2011

Pening sangat!

Assalamualaikum wbt.

Rasa pening sangat sekarang ni. Baru sahaja memerhati slide di google untuk subjek pathology. Lagi 3 kertas. Tak sabar sangat nak habiskan semester dua. Mata pun berpinar-pinar. Masih banyak lagi yang harus diulangkaji untuk exam hari selasa, rabu dan khamis ni. :'( Bahana study last minutes. :'(

Tengok slide-slide tu rasa nak termuntah kot. Geli, loya tekak, semua ada. Tengok organ-organ badan manusia yang dibedah keluar kerana terdapat ketumbuhan ataupun inflammation. 

ovarian dermoid cyst. 

Akhir-akhir ni, saya hidup merempat. Tidur dimana sahaja sesuka hati saya. Hehe. Selalunya dibilik Gym. Tengah malam, bilik gym akan jadi hak milik mutlak saya. Di bilik gym ni terdapat satu set kerusi seperti di ruang tamu, aircond dan bilik air siap. Sebab tu saya suka study dan melepak kat sini. Hehe! Kadang-kadang saya tertidur sehingga subuh. Lepas subuh baru saya naik ke bilik.

Kalau orang di bilik gym, saya akan berubah haluan ke bilik tv dan begitulah sebaliknya. Final exam kali ni betul-betul buat hidup saya merempat. Hehe! 

Ok, dah melalut, saya nak sambung study. Byee!

Nota : Ada masa saya akan kongsikan gambar saya disini.Pathology memang buat saya sakit kepala. Serius!

No comments:

Post a Comment