Monday, January 30, 2012

First entry for 2012

Assalamualaikum wbt.

Lama betul gua tak singgah sini. Rindu erat-erat dekat ini punya blog! Ketandusan idea dan malas nak menulis antara penyebab. Tak tahu kenapa, memang tiada mood langsung nak jenguk blog ni. Asyik main twitter sahaja. Facebook pun dah agak terbiar. Kesian blog dianak tirikan. 

Tak rasa ketinggalan lagi gua nak ucap selamat tahun baru 2012 pada readers yang tak berapa ramai kat blog ni kan. Harus sedar diri. Haha! And I’m turning 21 years old this year. Old enough! Haha! Haih, tahun baru mesti semua orang duk pakat-pakat tanam azam kan? Kira azam tu masih merah menyala lagi sekarang. Tapi azam gua tahun baru ni, azam yang tak berapa nak azam. Haha! Eh, idok la begitu. 

Azam gua pulak, satu je, gua nak jadi lebih baik dari zaman dulu kala. Haha! Ayat macam dah tua bangka. Kenapa gua azam macam tu? Sebab gua dah nak jadi manusia dewasa. Bukan lagi jadi budak-budak dengan pemikiran budak-budak. Hahaha! Gua mengaku, gua childish yang teramat. Tapi dengan cik abang je la. Haha! Asyik-asyik cik abang kan? Yu ollsssssssss muak eh? So boleh la blah. Ada gua kisah, takdekan? Haha! Eh, ayat gua kali ni terasa macam gangster. Haruslah! Gua kan gangster, ramai yang takut dekat gua. Haha!

Ok intro gua memang panjang. Haruslah! Lama tak menulis. Haha! Gian weh gian. Gian nak buat karangan panjang standard stpm. Haha! Gua tahu sebab kawan gua paling benci bila kena buat esei. Kadang-kadang mintak dengan gua isi-isi penting. Huhu. Tapi gua tolong sikit-sikit. Kawan kan, nanti cakap gua kedekut ilmu. Eh, gua tak kedekut ilmu, gua kedekut cik abang. Haha! Haruslah! Muak lagi sekali eh? Dipersilakan berambos! Haha!

Life gua sekarang, alhamdulillah, betul-betul bersyukur sebab tersangat lah bahagia. Bahagia dengan family, sahabat-sahabat baik dan cik abang tercinta. Alhamdulillah, hubungan gua dengan cik abang maju setapak demi setapak. Sehingga gua rasa hidup gua sekarang memang awesome. Tapi gua tak cepat bangga, sebab gua dah lalui macam-macam sebelum ni. Hidup ni kadang-kadang kita kat bawah, kadang-kadang kat atas. Kadang-kadang bahagia, kadang-kadang terluka. Normal, life cycle kan. :)

Sekarang gua dah masuk semester ketiga ye yu ollsss. Lagi 1 semester nak habiskan belajar theory. Gua tak sabar dah nak masuk praktikal. Actually, malas betul dah nak hadap nota-nota, menghafal and so on la tu yang tak sabar. Haha! 

Gua baru datang Shah Alam. Sampai pagi tadi. Sekarang gua ponteng kelas sebab gua tertinggal bas pagi tadi. Sampai hostel lewat sangat, dalam pukul 7 pagi. Bersiap apa semua, at last, kena tinggal dek bas. Nasib lah! Gua bakal melalui hari-hari yang sibuk. Walaupun tak sibuk mana, tapi sangat lah sibuk. Balik kampung tempoh hari, memang haram gua nak sentuh assignments atau reports. Sangatlah malas nya. Haha!

Sampai sini la dulu, gua update pasal diri gua. Banyak sebenarnya story mory yang gua nak tulis disini sebagai kenang-kenangan perjalanan hidup gua, tapi gua punya waktu yang suntuk. Sarapan pun belum lagi. Haha! Nanti gua update lagi. See ya! :))


I miss my love a lots! :')


No comments:

Post a Comment