Tuesday, December 13, 2011

Sedikit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sekarang saya bersiaran di rumah. Hehe! Sedikit update tentang saya dirumah untuk entri kali ni.

Balik dari Penang dua hari lepas selepas bercuti dengan abang. Percutian yang selalu kami lakukan semasa abang di Terengganu dulu. Setelah setahun sebulan, kami kembali ke tabiat lama kami. Tour satu pulau. Ambil masa 4 jam termasuk dengan singgah tempat-tempat menarik. Yang paling tak boleh lupa semasa perjalanan dari Batu Feringghi ke Balik Pulau. Semuanya tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Dan kisah sebelum saya naik bas di terminal memang menyakitkan hati. Bila abang tertidur dirumah nya. Ketika itu dia mintak balik sekejap untuk mandi. Jadi dia tinggal saya di KFC berhampiran rumahnya. 2 jam saya tunggu. Mujur ada orang bantu menghantar saya ke rumahnya. Kalau tidak memang saya terlepas bas.

Pernah saya bagitahu, sedaya upaya saya limitkan segala memori perjalanan hidup kami. Sebab sekarang saya lebih sukakan privacy. :) It was really memorable vacation yang pernah saya lalui. :))

Hari ni, rumah saya buat "sugho". Hehe. Saya tak tahu bahasa baku panggil apa. ;p Maka sibuk sikit saya dirumah hari ni. Tapi best sebab dapat bergotong royong dengan orang kampung. Lepas siap, pergi agih-agihkan kepada penduduk kampung. Rasanya dah lama sangat saya tak berinteraksi dengan penduduk. :)) 

Sekarang saya pening sangat, bagaimana nak menghabiskan masa cuti sebulan dirumah. Bila cuti, saya ni sinonim dengan naiknya berat badan. Hehe. Nafsu makan kat rumah memang meluap-luap. ;))

No comments:

Post a Comment