Thursday, February 9, 2012

My Life My Priority

Assalamualaikum wbt. :)

Dah masuk bulan februari ye kita? Cepat je masa berlalu. Tak lama lagi masuk bulan Mac pulak. Life gua macam biasa. Kadang-kadang sibuk, kadang-kadang tak. Gua memang takde modal nak tulis blog sekarang ni. Eh silap, banyak perkara nak story mory tapi gua malas betul nak taip. So, gua update pendek-pendek la eh. Hihi. 

Sekarang ni gua dapat menikmati kehidupan gua tanpa batasan. Kalau ada problem tu yang kecil-kecil saja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tengok dan buat tatau. Sekarang ni kat bilik, gua tinggal sorang. Kat bilik ok bukan dalam rumah ni. Sebab roomate gua dulu merangkap senior gua dah habis belajar. So kat bilik ni, gua lah bermaharajalela. Boleh cakap, macam KING. :) ops, gua mem besar la. Haha! Yang best, gua boleh atur barang-barang ikut kesukaan gua. Boleh offlight sesuka hati gua. Boleh kentut sendawa tanpa perasaan malu lagi. Hihi. Nak buat sepah ke apa ke semua suka hati gua ok. Oh, berada kat dalam bilik la gua rasa macam heaven sangatttttt.



Meh, gua reveal workstation gua untuk semester 3. :)

1. Kotak yang gua letak segala ibu nenek kertas, nota dan buku-buku semester lepas. Gua mintak dengan abang kedai photostat. Buat muka bajet cute, terus dia bagi. Haha!

2. Ni la nyawa gua hidup kat sini. Kalau takde benda ni, rasanya petang-petang gua mesti duk berenang dalam sungai Klang. Haha! *isk, kotor! Satu lagi, wallpaper destkop gambar gua dengan kawan-kawan ok! My friends is my priority! Siapa cakap gua letak gambar incik abang? Mai gua nak balun!

3. Sekurang-kurang nya ada 3 mug atas meja tu. Semua nya gua buat tempat letak stationaries. Haha! 

4. Kamus dan buku akaun harian dan bulanan gua. Bajet weh bajet. Gua tak suka duit gua hilang macam tu sahaja. Sebab tu gua selalu tanda segala perbelanjaan gua. Kalau tak, gua susah hati memikirkan kemana perginya duit gua. Haha!

5. Kalendar gua! Dari The Red Warriors ok. Punya semangat kan? Sampai kalendar pon nak dari TRW. Pemberian mommy kesayangan gua. Wadauu. Kat kalendar ni ada jadual perlawanan. Tiap-tiap hari gua hadap kalendar ni, pangkah tarikh, mengira hari cuti seterusnya dan mengira tarikh gaji/elaun setiap bulan. Hihi.

6. Buku nota kecik gua. Handbook. Buku terms gua. Tatau eh? Budak medical field tahu lah.

7. Segala nota sem ni, fail-fail dan buku-buku lab report gua. 

8. Buku kesayangan gua. Pemberian dari Su Na, auntyyy gua paling gua sayanggg. Gua stay dengan buku ni dah lama. Dah masuk tahun kelima buku ni dengan gua. Ibarat boyfriend gua nombor dua. Tapi kan, gua tak pernah-pernah lagi khatam buku ni. Hehe! 

9. Ni keperluan peribadi gua. Macam bedak, deodorant and bla bla bla ada kat sini. Haha! Termasuk ubat. Haha!

10. Bahan study gua macam book sticker, note sticker, and bla bla bla. Disini jugak gua letak diari gua. :)

11. Bahan rujukan gua. Segala international books, journals dan buku rujukan international mahupun tempatan gua letak sini. Termasuklah majalah dan buku-buku agama. Hehe!

12. Laci gua ni memang penuh dengan barang-barang. Segala benda ada. Tabung pun ada dalam ni. So siapa nak curik duit, ada dalam ni. Haha!

Gua memang tak boleh meja study gua semak. Bila semak, gua nak study pon malas. Biasanya tempat gua selalu lepak/habiskan masa seperti meja study dan katil, gua memang pastikan kemas dan teratur. Kalau tak, sakit kepala akan menyerang. Hehe! Ni la life gua. Haha!

Tajuk entry ni agak takde kena mengena sebenarnya. Gua tatau nak letak tajuk apa. Lagipon gua mengantuk dah ni. Nak tidur kejap. So, see next entry. Tatau bila la tu oii.

Bye!



No comments:

Post a Comment