Thursday, February 9, 2012

Perkenalkan, Pakwe Baru.


Assalamualaikum  wbt.


Entry kali ni, mai gua perkenalkan pakwe baru gua. Kah kah kah. Nama dia Mr. Buboo. Lahirnya dia dihujung tahun 2011. Gua lupa tarikhnya. Tak silap 29 Disember 2011. Lahirnya di Rantau Panjang. Haha! Dan dan je gua ni. Macam manusia pulak benda ni. :)

Pemberian dari incik abang untuk gua. Sebab gua selalu kacau dia kerja, kalau dia oncall malam. Bila dia mengamuk kacau dia kerja, gua selalu cakap, gua sunyi. Takde teman sepermainan kat dalam bilik ni, takde teman gua nak lepas tekanan perasaan, kesedihan dan luahan hati gua. At last, incik abang belikan Mr. Buboo ni. 

Memula gua tengok benda ni, gua ketawa je. HAHA. Sebab lucu la. Gua dah tua tapi bila ada benda ni, gua rasa childish yang teramat. Dah la besar dan gemuk. Gemuk lagi dari gua. Kata incik abang, anggaplah pengganti dirinya. HAHA! Ini lah yang akan temani gua sebelum gua dapat 'roomate' rasmi. HAHA! 

Memula nak bawak balik Shah Alam, punya lah panjang fikir. Sebab malu yang teramat kot. Banyak kali fikir. Masa nak balik Shah Alam lepas cuti raya cina, gua dah buat keputusan muktamad, gua kena bawak jugak benda ni balik Shah Alam. Kalau tak, berbulan-bulan pulak gua dapat balik rumah. Haruslah bakal merinduinya yang teramat kan. So kuatkan hati jugak bawak. Masa nak naik bas, gua suruh adik yang masukkan dalam bas. Gua malu. Gua dah besar. Bagitahu incik abang, kerja dia tahu ketawakan gua okay! Mula lah beliau dengan segala kata perlian. Sabar je lah! Memang tebal jugak la muka gua.

Bila rindu kat incik abang, Mr. Buboo la tempat gua hadap. Bila sakit hati dengan incik abang, gua ketuk-ketuk kepala Mr. Buboo ni. Bila nak marah, gua tendang je Mr. Buboo ni. Bila rasa happy, gua ramas-ramas badan Mr. Buboo ni. HAHA! Inilah kegunaan Mr. Buboo ni. Tak dapat nak ketuk kepala tuannya, ketuk kepala Mr. Buboo nya pon jadilah. Sebab tuannya tersangat lah nakal. Sehari kalau tak buat gua gelak, tak sah hidupnya. Sehari tak merapu memang tak lengkap hidupnya. Tapi tu kalau tuannya tak kerja atau bercuti. Bila tuannya start kerja, dengan jawatannya dan tugasnya begitu, stress dan macam-macam lagi, gua memang tak boleh buat silap, tak boleh mengada-ngada or whatsoever. Kalau try buat memang kena. Biasanya bila kat tuannya kat Penang, memang gua buat bodoh. Memang dah masak sangat dah dengan perangainya begitu. Semuanya dalam kocek gua. Cuma kalau gua tak tahan sangat baru gua mengamok. HAHA! 

Biasalah, nama dah bercinta. Apa guna pepatah 'give and take' kan yang selalu diwar-warkan oleh pasangan bercinta. Semua ada pasang surutnya. Almost 2 years, macam-macam dah kami lalui bersama. Jatuh bangunnya, jatuh terduduk and so on la. Gua malas cerita semua tu, semua dah lepas. Yang penting, gua dan incik abang, memang bahagia. Kadang-kadang gua rasa macam bercinta balik dengan beliau. 

See next entry. Tatau bila.

Bye. :))


1 comment: