Thursday, March 29, 2012

TAK TAHU

Tak tahu bila akan menulis kembali. Yang pastinya bukan di blog ini lagi. Blog yang merupakan kisah aku dan dia. Blog ini yang sentiasa menemani aku dikala sunyi tanpa dia. 

Kini, segala kebenarannya amat pahit untuk ditelan. Saya tunangan orang, bukan lagi dengan dia, tapi pilihan keluarga. Saya doakan dia kuat, kuat hadapi semua ini. Saya doakan dia bahagia dan bertemu dengan perempuan yang boleh sayangkan saya seperti mana saya pernah sayangkan dirinya. Sekurang-kurangnya sebelum saya jadi isteri orang, saya tahu dia amat sayangkan diri saya dan cintakan saya sepenuh hati dia.

Perjalanan hidup saya, semua orang cakap bagai dalam sebuah novel, manakala kata bakal suami saya pula, kisah saya ibarat dalam drama TV. Bagi saya, ini ketentuanNya. Saya tak pernah impikan begini jadinya. Kalaulah ia seperti dalam novel atau skrip drama, tentu saya akan mengarangnya mengikut kemahuan hati saya di pengakhiran cerita, happy ending or whatever la. Tapi ini realitinya. Realiti kehidupan.

Saya pejam mata, terasa pijar mata saya. 2 tahun cinta kami. Sudah ditemui noktah kesudahannya. Bukan kerana sengketa atau kebencian, tapi kerana takdir tertulis begini. Kerana jodoh yang memisahkan kami. Dalam keadaan masih sayang menyayangi, dalam keadaan kebahagiaan yang masih memuncak. 

Saya sedih bila mendengar esak tangis dia, saya pilu bila melihat air mata yang gugur di pipi dia. Ingin sekali saya kesat air mata itu dan buat dia tersenyum kembali, tapi saya sedar siapa saya. Siapa saya yang tidak membolehkan saya dan dia seperti masa-masa lalu. Maruah keluarga harus diutamakan. Restu keluarga yang saya cari untuk kehidupan yang berkat hingga ke akhir hayat saya. :')


No comments:

Post a Comment