Friday, March 2, 2012

Rutin Harian Yang Di rindui


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah tamat test cytology. Sangatlah suka hati sekarang. Balik kelas tadi, lepas solat zuhur, terus balas dendam dengan mata. Hihi. Saya tidur 4 jam okay, 4 jam! Punya lama. Memang tak sedar langsung. Sedar pun sebab budak bilik sebelah yang jadi 'alarm'. ;p

Tadi saya topup banyak-banyak, hihi, tak perlu sebenarnya bagitahu kat sini, tapi tak kira, nak bagitahu jugak. Saya topup banyak-banyak sebab nak call my family. Lama dah rasanya tak berhubung. Kebetulan abang ada bank in duit nafkah yang bulan-bulan dia bagi kat saya, so saya guna buat topup. Hihi. Bukan apa, selama ni saya sangat jarang topup. Bila tamat tempoh sahaja baru saya topup. Sebab selama ni, abang lah yang call saya. Saya hari-hari memang cuma tunggu panggilan dia bila malam menjelma. :)

Tadi lepas solat maghrib entah kenapa, rindu pada keluarga begitu membuak-buak. Terlalu dan tersangat. Memang nak menitis air mata ni. Sedaya upaya saya kawal. Dalam hati, "Tak boleh jadi ni, kena cepat-cepat call mereka. " :') Memula call mama, dengar suara ma macam tak sihat je. Adoi la. Ni yang buat saya rasa nak balik kampung as soon as possible. Tapi apakan daya, esok ada kelas. yes, sekarang, setiap sabtu saya ada kelas untuk MQA. :( Benci tahu bila hari cuti dikacau! :(

Lepas tanya khabar ma, call nenek pulak. Sebab my sisters malam memang tidur rumah nenek. Stay sana untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran. Berbual dengan nenek. Tanya khabar dan tahu perkembangan both of my sisters. Alhamdulillah, banyak perkembangan positif yang dapat diketahui. Nenek cakap, adik dah kenal huruf al-Quran. Alhamdulillah. Berkat dihantar sekolah PASTI. Masih saya ingat bagaimana lelaki-lelaki dalam keluarga saya menentang saya, ma dan nenek masa tu untuk hantar adik ke PASTI. Memang siap bergaduh dan bermasam muka demi Umairah yang disayangi. HAHA! Bila ingat balik, lucu rasanya. Bukan taknak hantar sekolah tadika, bukan nak cakap sistem pembelajaran kat sana tak berkesan, tapi saya mintak ma hantar sekolah PASTI sebab saya nak adik saya yang paling bongsu ni, ada didikan agama sejak awal umurnya. Now she was 5 years old. As we know, memang belajar kat PASTI mereka beri lebih didikan agama, ajar baca yassin, selawat, doa, solat dan bersolat dhuha berjemaah setiap hari. Saya nak dia terdedah dengan semua ni, dan belajar sayang agama dia sejak kecil lagi. 

Masa adik mula-mula sekolah awal tahun ni, saya masih dalam cuti semester. Jadi adik adalah tanggungjawab saya sepenuhnya. Bermula bangun tidur sampai la malam nak tidur. Saya yang akan gosok pakaian dia pagi-pagi dan mandikan dia. Haruslah suara saya tinggi pagi-pagi kalau dia sejuk nak mandi. Hihi. Saya jugak lah yang pakaikan baju sekolah kemudian sikat rambut dia, pakaikan bedak dan so on. Lepas siap semua, saya akan suap sarapan untuk dia. Sebenarnya dia makan tak perlu suap, tapi saya nak suap jugak. Hihi. Nak bagi dia kasih sayang saya sebagai seorang kakak. :)

Kemudian saya akan hantar dia ke sekolahnya yang jauh di dalam kampung. Memang agak terpencil dan agak naif, biasalah, tiada bantuan sangat. Kalau hal-hal agama ni, kurang lah yang menghulur, bila bab-bab hiburan ni, laju sahaja! Faham-faham la, saya berkias. Tapi saya tak kisah semua tu, ma dan nenek saya tak kisah sebab kami tahu, tempat tu kaya. Kaya dengan ilmu yang bermanfaat untuk adik saya. Apatah lagi ustazahnya adalah sepupu nenek saya. :)

Masa nak hantar dia, saya rasa sayu. Entah kenapa. Mungkin saya ni kuat bermain dengan emosi sendiri. ;p Hihi. Adik pasti cium tangan saya, dan saya pasti cium kedua belah pipi dia. "Belajar sungguh-sungguh, dengar molek apa ustazah ajar, jangan nakal-nakal." Pesanan dari seorang kakak yang amat menyayangi adiknya. :') Adik pasti jawab dengan jawapan uniknya itu, "Okay, okay. Hihihi." Pasti dia ketawa sambil lambaikan tangan kearah saya. 


adik dah siap sedia untuk pergi berperang
menuntut ilmu ALLAH. :)
Sayang adik!

Sampai rumah saya start segala aneka kerja sebagai surirumah selepas ketiadaan adik. Kemas rumah, baju, siapkan kerja kat dapur dan bla bla bla. :) Bila dah siap siaga, adalah masa yang berbaki sejam lagi sebelum ambil adik akan saya gunakan untuk tonton cerita Korea atau lelapkan mata. Kemudian, tepat pukul 12 saya akan pergi jemput adik disekolah. :) Saya akan tanya dia segala aktiviti dia di sekolah sepanjang hari itu. Dia akan menjawab dengan bersungguh-sungguh. Kemudian dia akan bagitahu saya, " Adik suka pergi sekolah, esok nak pergi lagi, adik dapat kawan baru. " Almost everyday she told me about that. Dia memang tak banyak ragam untuk ke sekolah bukan seperti kakak-kakak dan abangnya. She really love and enjoy her new world now. :)

Balik sekolah, saya gerenti singgah kedai runcit dengan dia dahulu. Beli apa yang dia mahu. Truly, saya memang terlalu manjakan dia. :) Balik rumah, saya akan pastikan dia mandi, kemudian buat susu untuk dia. Yes, dia masih minum susu. hihi. Memang susah sangat nak lepaskan dari susu. Buatlah macam mana, pujuk lah dengan air milo sekalipun, she only want her milk! Kadang-kadang saya siap ugut lagi nak buang tepung susu dia dalam sawah padi belakang rumah, tapi tak pernah la nak menjadi. Haih! Lepas buat susu kat dia, gerentilah kami berdua akan lepak atas katil. Saya kena tidurkan dia. :) Biasanya kepala dia memang best-best lepak atas lengan saya. Lengan saya, dia jadikan bantal. Saya akan usap kepala dia supaya dia tidur. Hihi. Dia senang je, usap kepala dia, gerenti stim mata tu. HAHA! 

Ni gambar dia tidur! See botol susu kat celah tangan dia tu. Hihi

Lepas dia tertidur, saya akan letak Mr. Buboo kat tepi dia, suapay dia terasa seperti ada orang disebelah dia sebab saya harus pergi ambil kakak dia pula di SK Ketereh. Kakak dia darjah 6 sekarang. :) Saya takut dia terjaga bila terasa tiada orang disebelah. Tapi tak pernah lagi lah dia terjaga. :)

Lepas ambil kakak dia yang bernama Wan Lisa Wan Zali tu, saya sambung tugas basuh pakaian sekolah mereka. Biasanya Kak Lisa memang berperang mulut dengan saya bila saya suruh dia mandi selepas balik sekolah. Memang liat sikit mek sorang tu. Geram tahu. Tak macam Umairah, cakap sekali dah dengar. :) Kemudian saya akan pastikan Kak Lisa buat kerja sekolah sebelum tidur. By hook or by crook, memang kena siap kerja sekolah. Saya akan monitor. HAHA! Gile tegas saya! Macam mana agaknya anak-anak saya nanti. Hihi. Then, lepas settle semua saya akan sambung tidur sebelah adik atau tengok cerita korea di astro sambil menanti kepulangan ma untuk tunggu tugas berikutnya. :)


Bila ma balik, pasti lah bawak balik segala aneka bahan mentah untuk dimasak for our dinner. Maka berperang lah saya didapur sehingga pukul 6.30 petang. Disebabkan saya tak makan nasi, terpaksa la masak banyak sikit. Firstly saya akan buat makanan saya dan adik-adik dahulu. Lepas kitorang makan, saya sambung masak untuk whole family pulak yang berasaskan nasi. Kalau buat minum petang, biasanya saya akan simpan makanan saya untuk makan bersama-sama masa dinner nanti. Kalau dinner lambat memang saya makan dahulu. Pantang saya masa cuti dirumah, kena makan sebelum pukul 7 malam! Thats how i take care of my body. ;p Bila abang balik, dia memang akan heret saya pergi timbang berat saya. Cuti semester hari tu saya memang turun 5 kilogram. Abang pulak yang naik mendadak. Tu la sebab mengata saya sangat. ;p Yes, dia suka perli saya dengan berat badan. Kadang-kadang saya menangis bercucuran tahu! Hihi! Ayat yang selalu dia keluarkan, "Macam mana nak pakai baju pengantin kalau macam ni! Nak sewa baju pengantin pun gerenti tak muatlah! " Itulah gaya dia membebel setiap kali jumpa. Setiap kali okayy! Geram tahu. Saya menjawab, " Buat apa nak sewa, kan sanding dalam bilik. Tak perlu nak sewa bagai. Saya buat sendiri takpe baju pengantin, beli kain. Akad nikah pakai baju kurung moden, mudah dan tak membazir!" Maka, bila dijawab begitu, makin kuatlah perlian dia pada saya. The best way kalau dia perli haruslah diam. Kalau jawab memang menempah air mata sahaja lah. ;p

Back to main topic, petang-petang biasanya, sambil tunggu maghrib saya akan beriadah atau bergurau senda dengan adik-adik. Everyday. Bila maghrib masuk, maka tinggilah lagi suara saya kejar adik-adik supaya mandi dan pergi mengaji al-Quran! Lepas mengaji, Kak Lisa akan sambung belajar. Saya pulak mengajar adik perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, "I want to eat", "I'm hungry", and bla bla bla. Alhamdulillah sebelum saya berangkat balik ke Shah Alam, bila dia nak apa-apa, dia pasti akan minta dalam bahasa Inggeris. :) Tak sia-sia saya berperang dengan dia malam-malam. Hihi!

Macam tu lah rutin harian saya. Kehidupan saya dirumah terlalu berharga. Setiap saat saya dirumah amat-amat saya hargai. Sangat-sangat saya hargai. Bila duduk di Shah Alam, saya cuma pergi kelas, balik kelas, keluar makan, online dan keluar pergi Giant atau melepak kat Apartment kawan-kawan. Memang takde life sangat kat sini. Masa banyak dihabiskan dalam bilik sahaja. Study dan online. :)

Lastly, saya paparkan gambar yang mana it was my precious moments forEVER la. :) Masa ni pergi berkelah bersama dengan abang, saya, Kak Lisa dan adik di Air Terjun Lata Tembakah, Jertih, Terengganu. :) It was about a year ago. :) Kenangan yang tak mungkin saya lupakan bersama mereka-mereka yang amat saya sayangi dalam hidup saya ini. :')


 I Love this picture! :')

 Dua-dua buat mata stim. Hihi. Kebetulan mereka bertiga pakai baju kaler sama, kecuali saya, hitam! 
Sedangkan memang tak berjanji langsung. 

Amboi adik, best dapat berpimpin tangan? Hihi.
Love both of you for a thousand years!
Suka picture ni, nampak abang gaya seorang papa berjalan dengan anak perempuan. ;p

-Gambar takde kena mengena-
Saja gedik nak masukkan. Ada gaya seorang ummi tak? 
Bila keluar dengan abang, nampak baby, mesti saya akan cakap, "Bila la saya boleh merasa jadi sorang ummi." 
Pasti abang akan jawab, "Pergilah mintak dengan dia, awak ambil jaga. Tak malu betul, kita tu masih belajar, ada perjanjian lagi dengan kerajaan, selagi belajar tak boleh nikah dan mengandung. "
Dushhhhh! Rasa nak tumbuk je kat muka dia. Hihi! 
Sabarlah, 1 tahun 9 bulan to go!
Doakan kami ye semua-semua, moga bertemu jodoh.

By the way, thanks for readings! Ini blog adalah perjalanana kisah hidup saya. Dan suka hati saya nak tulis tentang perjalanan hidup saya. Dan kepada haters, saya tak pernah mengundang anda untuk membaca setiap patah perkataan disini. Anda yang suka ambil tahu hal saya kan? Untuk jadikan bahan mengumpat dengan kawan-kawan. You know who you are. Tak perlu saya mention. Hihi. Dan saya berterima kasih sebab sudi jaga tepi kain saya dan buat saya perasan macam saya ni artis la pulak. ;p And, saya tak kisah la diri saya diumpat atau apa sahaja. Benda tu dah jadi asam garam dalam kehidupan. 

I love my life! And my life is really awesome! Buangkan sifat dengki dan iri hati okayy. Buruk tahu! :) Barulah hidup ni tenang dan aman. :)


No comments:

Post a Comment