Thursday, November 24, 2011

Malam Yang Dingin



Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah, siang tadi dah lepas praktikal exam yang pertama. Lega senafas. Takde susah sangat. :) Tapi kan, betul lah saya cakap dalam entri lepas, saya betul-betul tak suka buat report. Dengan kena buat graf, salin balik procedure. Tadi lepas praktikal exam kami diwajibkan buat report. Nak siapkan report tu rasa macam siksa sangat. :'( Aish, punya la pemalas saya ni kan? Tulisan pun macam cakar ayam. :p Takpe, yang penting result kan? haha!

Esok subjek microbiology! Takut, cuak, seram sejuk. Masa baca tu, rasa dah ingat. Tapi bila cuba memorise back, terlupa apa yang dibaca tadi. Pernah tak benda ni terjadi pada orang lain? Adakah hanya saya sahaja yang mengalaminya? Konfius! Kalau hanya saya, bermakna saya bukan lah manusia normal! Eh, apa melalut ni! ^_____^

Its already 2 am. Esok exam pukul 2 pm. Jadi tinggal 12 jam lagi untuk saya bersiap siaga pergi berperang. Haih! Boleh tak tunda. Saya taknak lagi exam microbes! Tak sedia lagi. Kan best kalau permintaan saya ditunaikan oleh pihak berwajib. Tapi ia umpama mimpi dalam mimpi. heh?

Tadi sempat tengok bola lagi perlawanan malaysia menentang syria. Bagus kan saya buang masa macam tu saja? OH, itu memang saya expert! :) Kalau lah saya tak tengok bola tadi tentu saya dah boleh terbaring atas katil sekarang dan membina angan-angan. Haih, mula lah nak merungut. Tadi tak sedar. Padan muka saya! :'(


Ni gambar meja study saya malam ni pada jam 2 pagi. Hehe! Sebenarnya bukan meja study betul. Meja ni ada kat ruang tamu rumah, dijadikan papan gosok pakaian rumah saya. Tapi bila malam-malam saya lebih suka study kat sini sebab ada tingkap. Bila rasa stress saya boleh tengok pemandangan alam dari tingkat 7 rumah saya.Pengudaraannya juga baik sehingga buat saya rasa nyaman bila tension. :) Sungai Klang juga dapat dilihat dari sini. :)

Kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Tak makan ubat, maka akan teruklah selsema dan batuk saya. Perangai saya pula, bila saya dah rasa sihat sikit, saya tak makan ubat ikut waktu. Masa sakit teruk saja saya makan ubat ikut waktu. Hehe! Saya bukan seorang yang susah nak makan ubat. TIDAK. Cuma sikap saya mungkin yang suka ambil lewa. Lagipun terasa leceh kerana terpaksa makan 7 jenis ubat. 7 JENIS OK! Setiap kali makan ubat, maka habislah sebotol air mineral saya. 

Saya tak suka minum air masak/mineral. Sedari kecil lagi. Air suam apatah lagi. Hidup saya sedari kecil saya lebih suka minum manis dan berais. Dan jangan hairan jika lemak diperut saya terlalu degil! Ok, sekian kita bercakap mengenai lemak. Tutup cerita. :D

Berbalik pada ubat, saya sedari kecil saya suka sangat makan ubat. Kalau sakit atau demam sikit terus ajak mak pergi klinik kat Batu 8. Atau dipanggil Klinik Kesihatan Perol. Sebab masa kanak-kanak dulu, ubat-ubatan diberi adalah sejenis cecair. Masih saya ingat lagi, ubat demam dulu, dalam botol ada cecair berwarna merah, kuning dan kehitam-hitaman (ubat batuk). Saya suka sangat minum ubat masa tu sebab rasanya yang manis.

Bila umur saya makin meningkat, maka ubat-ubatan jenis cecair sudah tidak valid lagi untuk saya. Diganti dengan ubat-ubatan jenis biji. Mula-mula saya tak suka juga makan ubat biji. Tapi setelah puas dipujuk dan terasa peritnya sakit, saya gagahkan jugak makan ubat. Mula-mula cuba makan ubat biji dulu, saya pasti letakkan ubat tersebut dihujung lidah (anak tekak). Maka saya akan minum air dengan rakusnya. Hehe! Ubat biji yang paling saya benci ialah ubat selsema dengan ubat gastrik. Hehe! Ubat selsema, pahit sangat dan boleh buat saya mengantuk yang teramat. Manakala ubat gastrik saya perlu kunyah seperti kunyah coklat. Dah la rasanya begitu, berangin pula tu. Sangat lah saya tidak suka. Sebab saya sorang manusia yang tak makan gula-gula jenis berangin. Itu lah saya. :))

Nota : Mengantuk sudah datang. Penangan ubat selsema. Haih! 



No comments:

Post a Comment