Thursday, December 8, 2011

Alhamdulillah, akhirnya!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah!

Akhirnya, sudah rasmi saya menamatkan semester dua. Insya Allah, bakal naik ke semester 3 yang lebih mencabar lagi. 

Dan berita paling menggembirakan saya tak perlu kena reseat paper killer saya. Saya dapat grade B sahaja dalam subjek itu. Tak pernah terjangkau dek otak saya dengan keputusan sebegitu. Semuanya pertolongan dari Allah SWT. Nikmat rezeki yang Dia bagi untuk seluruh hambaNya. Terima kasih Ya Allah. Dapat tahu, terus buat sujud syukur kerana pertolongan-pertolongan yang Allah bagi pada saya tak setimpal dengan usaha saya. Truely, rasa malu teramat pada Dia. Betapa saya terlalu banyak khilaf sedangkan Dia tetap menyayangi saya. 

Trutfully, soalan Immunology memang membunuh! Terlalu, dan tersangat membunuh. MCQ dan SAQ nya buat saya stress sangat. Apatah lagi soalan praktikal yang sememangnya buat saya ketar lutut. Haha! 

Bermula hari ni, saya akan start cuti semester, insya ALLAH selama sebulan. Dan saya belum kemas apa-apa lagi kat bilik. Balik ni, firstly saya nak susun nota-nota, basuh baju dan so on. Percaya atau tidak, saya belum beli lagi tiket balik. Haha. Sebab? Saya akan fly ke suatu tempat yang istimewa. Hehe! 

Lagi? Em, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang tak putus-putus mendoakan saya sepanjang exam kali ni. Memang tough sangat. Biasa lah kalau dalam bidang medical kan. Mana tak susah. Tu belum ambil MBBCH. Kalau tak, mahu saya menangis setiap kali nak exam. Hehe. Oh, saya taknak sambung lagi, ni pun dah rasa tak terlarat. (Kata-kata dari orang pemalas buat masa ni. Hehe)

Setakat ni sahaja update tentang saya kali ni. Saya tak sabar nak pergi celebrate. Haha! Uwwww. Sabar subur tak sabar masuk kubur. Kan? haha!

Nota : Happy tak terkata. :)) Dah boleh tidur malam dengan nyenyak. Ewww! Haha!

No comments:

Post a Comment