Wednesday, December 7, 2011

Satu Nafas! Sikit Lagi!


Assalamualaikum wbt. 

Baru habis paper clinical chemistry. It means? Final exam semester dua bakal melabuhkan tirainya esok dengan satu subjek je lagi. Sikit je lagi kan? Tapi hati malas betul dah nak study. Biasa la tu kalau dah paper akhir kan. Kat mata ni dah terbayang-bayang kenikmatan cuti sebulan nanti. Macam-macam agenda bermain di kepala. Oh! Inilah saat ditunggu-tunggu. Selepas 3 minggu makan, mandi, tidur dengan tak tentu halanya. :)

Alhamdulillah, setakat ni, selepas immunology papers, saya dapat jawab lagi exam. Tak stress macam immunology. Paling best jawab oral exam pathology. Semua yang saya prepare keluar. :)) Lepas jawab patho semalam, saya tersenyum lebar gila. Rasa nak bersorak sorai. Dah berpakat dengan kawan-kawan nak celebrate bila dah tamat kertas esok. Uwaaa! Tak sabar sangat-sangat dah! Ala, sikit je lagi. Senafas je lagi. kan? haha!

Setiap hari ma akan call bertanya khabar. Memang best lah time exam ni, diri rasa dipedulikan. Haha. Sebab biasanya, seminggu sekali baru ma call tanya khabar. Time exam juga best bila, abang akan layan elok-elok saja. Berperang jarang-jarang. Kata-kata semangat suruh saya belajar elok-elok banyak meniti dibibirnya. Hehe. Marah jarang-jarang kalau saya tak dengar katanya. Hehe. kan bang? Haha!

Esok subjek histopathology. Dan esok juga akan keluar result immunology untuk tahu status kena reseat ataupun tak. Saya harap agar saya tak kena reseat. Biarpun keputusan teruk sekalipun, asal status saya nanti tak kena reseat rasanya dan memadai. Saya taknak balik ke tempat puaka ni awal daripada orang lain. Saya betul-betul taknak. ;( Tapi kalau rezeki tak menyelebihi saya, apa kan daya. kan? :( Hanya mampu berdoa.

my workplace masa exam! :)

sebelum practical exam!
semangat gila study coursemates saya ni sampai duduk di lantai. :)


kena kuarantin masa practical exam untuk subjek 
histopathology

bersedia ke lab! experiment. :p
 contoh spot question masa practical exam untuk 
Microbiology.

 melepak di Apartment coursemates. Kerana exam, tilam
harus dibawa keluar. Haha!

inilah breakfast saya setiap hari. :)

NOTA : geram dengan line internet di Hostel. Dah berapa hari tak boleh connect. Macam haram! *____*

No comments:

Post a Comment