Wednesday, February 29, 2012

Menung Yang Panjang

Assalamualaikum wbt. 

Sebetulnya, hari ni saya tersangat busy. Bertweet pun tak sebanyak hari-hari biasa kecuali saya membalas tweet sahabat baik saya. Itu petanda saya mengejar waktu. :)

Orang tua-tua cakap tak elok gadis termenung panjang kan? Terutama kat tangga depan rumah. Hihi. Tapi saya bukan termenung di tangga, saya termenung di dalam kelas. Otak saya menerjah satu persatu mengenai apa yang diberitahu dan dinasihati oleh pensyarah saya sewaktu lecturenya. 

Beliau beritahu tentang realiti skop tugas kami dan pelbagai 'drama' dalam lab. Juruteknologi Makmal Perubatan adalah bekerja dibelakang seorang doktor. Kami lah yang akan mendiagnosis segala jenis penyakit untuk doktor melakukan rawatan ke atas pesakit. Andai silap diagnosis kami, maka silaplah rawatan yang doktor berikan dan ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa pesakit tersebut atau derita seumur hidup. Kami memang diajar 'Zero for any mistaken'. Tapi kami manusia, doktor pun manusia, mana ada yang sempurna? Mana yang tak pernah melakukan kesilapan. :')

Sebetulnya, beliau memberitahu bahawa bila kerja dalam lab nanti, akan menghadapi hari-hari yang sangat sibuk jika kerja di lab hospital-hospital besar negeri. Kalau klinik kesihatan, memang tak terasa sangat. Sebab kerja mengikut office hours. Bila masuk kerja nanti kami akan menghadapi pelbagai tekanan dan stress. Kena marah adalah basic dalam pekerjaan kami. Kena marah dek doktor, pathologist atau supervisor mahupun senior MLT adalah perkara biasa. Sebab mereka mahukan result dalam masa yang singkat, kadang-kadang jugak doktor akan lepaskan mereka punya stress kepada kita. Dan masa ni lah, kita kena bijak mengawal stress dan tekanan. 

Pernah terjadi tahun lepas, kesilapan pihak makmal membekalkan darah kepada pesakit yang baru melahirkan anak yang mengalami kehilangan banyak darah. Hospital mana, lebih elok saya rahsiakan. Darah wanita tersebut adalah A tapi diberi darah B. Sedangkan untuk transfusi darah, ada 3 peringkat yang harus dilalui sebelum transfuse darah terbabit iaitu juruteknologi terbabit, nurse yang incharge, dan doktor yang incharge. Disebabkan kecuaian dari ketiga-tiga pihak itu, maka wanita terbabit dimasukkan dengan darah B. Ngeri saya fikirkan semua ni. Juga perasaan takut menjalar dalam diri mengenangkan apa yang berlaku. Senior saya yang praktikal di hospital terbabit memberitahu keadaan sangat teruk masa tu. Katanya, wanita itu masih hidup. Tapi mangsa terpaksa menjalani proses dialisis seumur hidup. Sudahlah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Bila saya ingat tentang peristiwa ini, sayu hati saya dan berazam untuk tidak main-main dalam pelajaran. Apatah lagi dalam subjek hematology dan blood banking.

Saya jadi termenung panjang.... Diam sahaja saya dalam kelas tadi. :')

Banyak yang saya fikirkan. Terlalu banyak. :')

Belajar dalam bidang ni, menyedarkan saya tentang jujur, tanggungjawab dan amanah, ikhlas dan menepati waktu. Sebagai MLT kami dididik untuk jujur dalam mendiagnosis segala specimen pesakit. Tidak boleh mengelat walaupun sebessar hama kerana ia melibatkan nyawa pesakit. Belajar dalam bidang ni jugak kadang-kadang buat saya terasa lelah dan semput seketika. Kadang-kadang ada yang kita faham methodnya mahupun theorynya, kadang ada jugak yang tidak faham. Sedaya upaya saya membuang segala perasaan selesa yang menapak dalam hati kerana hanya saya pelajar tajaan Kementerian Kesihatan. Kadang-kadang ada jugak terfikir, bertuah sebab tak payah cari kerja bila keluar nanti, kerja akan cari aku. Bila terfikir semua ni, saya sedaya upaya hakis dan buang agar tidak bermain dalam fikiran mahupun bertapak dalam hati. :)

Saya berfikir, bila saya masuk ke dalam alam pekerjaan nanti, mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan sebaik mungkin? Tanggungjawab terhadap agama saya sendiri, mampukah saya memikulnya dengan sebaik mungkin? Apa yang pasti, saya akan bekerja Lillahi Ta'ala sebab kita hidup pun Lillahi Ta'ala. :) Mampukah saya menjalankan amanah yang dipikul dan tanggungjawab yang diberikan di alam pekerjaan nanti dengan baik untuk disoal kelak tentang tanggungjawab dan rezeki yang diberikan? 

Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


Saya juga berfikir untuk diri sendiri.Mampukah saya mengawal emosi bila dialam pekerjaan nanti apabila dimarah, diherdik, dimalukan dan dicaci? Saya pernah melaluinya semua peristiwa ini. Bila saya fikir balik, saya berterima kasih kepada mereka. Kerana mereka, saya belajar sesuatu yang boleh menjadi panduan untuk saya di alam pekerjaan nanti. Saya sedar tentang suatu perkara, apa yang berlaku hari ni, adalah pembelajaran untuk menghadapi hari esok. Masih punya waktu kah saya untuk bersosial dengan kehidupan bila sudah bekerja nanti? Bila hari-hari terkejar dek oncall, bila keluar kerjanya diwaktu pagi, pulangnya di malam hari dan kadang-kadang terpaksa mengorbankan hari minggu. :')

Terfikir jugak tugas dan tanggungjawab saya sebagai anak pada kedua ibu bapa (& mentua satu masa nanti), kakak kepada adik-adik dan cucu sulong dalam keluarga. Punya waktukah saya untuk berbakti pada mereka? Insya ALLAH, sedaya upaya saya buat yang terbaik untuk berbakti kepada mereka walaupun penat macam mana sekalipun, sibuk walau macam mana sekalipun. Mampukah saya menjaga segala kebajikkan mereka? Insya ALLAH, saya takkan tercuai walau sedikit pun. Mungkin bila masuk ke alam pekerjaan nanti, masa untuk mereka kurang, untuk berkasih sayang dan bergurau senda seperti sekarang. Kerana itu, saya terlalu menghargai masa-masa masih bergelar pelajar ini bersama mereka. :)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

Satu masa nanti saya pasti akan melalui alam perkahwinan. Insya ALLAH jika jodoh saya ditemukan Nya. :) Bila sudah ada rumah tangga sendiri nanti, ada suami dan ada anak-anak mampukah saya menjaga kebajikkan mereka dengan sempurna? Memberi kasih sayang saya secukupnya, dan melayari bahtera sebagai sorang permaisuri dihati sorang suami dengan baik? Memikirkan semua itu, hati saya rungsing. Untuk itu, haruslah saya mencari titik tolak untuk memperelokkan diri, mengubah diri menjadi yang terbaik untuk mereka satu masa nanti. Tidak membawa segala stress di Lab ke rumah mahupun kepenatan macam mana sekalipun, sentiasa berlembut dan tersenyum untuk mereka serta menjalankan tugas rumah tangga dengan teratur agar makan, pakai mereka  terjaga sebaik mungkin dan kasih sayang mencukupi serta tak berbelah bahagi. Bohonglah jika saya kata kan saya tidak ingin menjadi seorang isteri penyejuk mata suami, penghilang resah suami dan ibu mithali yang memahami segala kehendak anak-anak. :)

Inilah yang mebuat saya termenung panjang. Besarnya tanggungjawab kita sebagai manusia yang diciptakanNya sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Saya hanya mampu berdoa agar kita sentiasa dilapangkan dada olehNya dan dilapangkan masa yang secukupnya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada agama, keluarga mahupun sesama manusia agar tidak tercicir walaupun satu. 

Firman Allah SWT:


“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)


Firman Allah SWT :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” 

(Al-Baqarah:30)


-Monolog dalaman~ Wan Zaty Wan Zali~ 28 Februari 2012.-


No comments:

Post a Comment