Thursday, March 1, 2012

Hari Itu

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah masuk bulan Mac rupanya kita. Baru je rasanya kita masuk ke tahun baru. Tup tup dah bulan 3. Bulan Februari yang membahagiakan saya tinggal dalam kenangan. Harus melalui bulan Mac yang lebih bermakna. :)

Okay, life saya dua 3 hari lepas memang tersangatlah busy. Hihi. Busy denga practical's lab, dengan test yang kadang-kadang selang sehari. Balik kelas memang terus terhumban atas katil la. Nak online, fuh jangan harap la. Biasa kalau online pun ikut handphone yang abang hadiahkan. :)

Hari selasa adalah hari yang paling memenatkan dalam sejarah semester 3. Mengapa? Sebab kelas start pukul 8.30 sampai lah pukul 5 petang. Hari lain pun macam tu jugak, tapi selasa ni advaced sikit sebab kerja duk dalam makmal sahaja. Waktu rehat pun hanya setengah jam atau sejam sahaja. Balik kelas, memang lenguh segala sendi-sendi dan lutut. ;p

Hari selasa lepas entah mengapa, saya dan kawan-kawan ada sahaja yang tak kena. Hihi.

Kitorang hari tu ada sahaja benda yang terjatuh dan terlupa. Macam saya lupa handphone letak kat mana. Cari punya cari, merungut punya merungut, last-last ada dalam beg sandang. Hampir menangis! Kak Jue dan Muslini pulak, barang-barang atas meja dorang ada sahaja lah yang terjatuh. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh! Memang dorang ni buas sangat kot. ;p Memang penat la dorang asyik memunggah je barang-barang dorang balik keatas meja. ;p

Lagi? Hari tu jugak Kak Jue buat hal. HAHA! Tak tahu mengapa, model anatomi manusia didalam lab boleh dia musnahkan, habis semua organ dalaman berterabur jatuh. HAHA! Dah la pensyarah kitorang untuk subjek blood banking dan transfusion ni yang sememangnya garang! Luas la mulut lecturer tu kejap. Memang kalut lah Kak Ju dan beberapa orang lagi sahabat bertungkus lumus bagi elok balik sebab taknak dimarahi. Hihi. Saya sempat snap picture! Layan gambar jom!

"Kak ju, sudah, kena marah kat miss nanti. Cepat kak ju, cepat, miss kak ju" 
Jahatkan saya? HAHA!

Mereka yang gigih. ;p

Muka kak ju cuak gile masa ni. Hihi!

Last-last kak Ju tinggal macam tu. Dia cakap susah gile nak masukkan balik.
HAHA! Dah buat dengan model tu terpacak macam tu memang la susah.
Cuba bagi terbalikkan model ni dalam gaya tidur.
HAHA!

Lepas je best-best ketawakan kak Ju, giliran saya pulak kena marah kat miss, masa lab hema untuk kira platelets dalam darah! Sebab silap pipette sample. Terlebih tekan. Sepatutnya pipette untuk dapat kan first stop kena tekan dengan lemah lembut. Tapi saya tamak haloba! HAHA! Jadi sample saya kena reject! Mujur tak kena ketuk kepala dek miss. HAHA! So terpaksa ulang balik. Aduhai! 

Sample yang kena reject! Sample saya paling out sekali bila Dacies fluid pun saya
pipette banyak dari sukatan. Apatah lagi blood.

Ni sample yang diterima. Lain kan warna sample ni dari yang tadi. Tadi nampak pekat sikit, yang ni nampak
la muda sikit. Hihi. Miss tu, first impression dia dah tahu mana kesalahan yang kita dah buat. Hihi!

Kena pipette masuk dalam chamber. Chamber ni la digunakan untuk kira platelets.
Ni cara manual. Bila kat lab hospital nanti, semua mesin buat kerja.
Tapi kami diajar sebab mana tahu bila kerja nanti mesin shut down kan. Nak taknak kena buat manual!

lepas pipette masuk dalam chamber, perap dalam petri dish yang mengandungi 
Saline dalam 10 minit untuk kekalkan kelembapannya.

Lepas tu tengok under microscope. Kena kira satu-satu platelets. Dalam chamber tu kena
cari petak-petak kecil. Kena kira yang dalam petak. Ada la teknik dia. First saya amatlah bengap 
dalam mencari petak tersebut.
At last dapat jumpa jugak petak kecek tu.
Sangat lah happy!


Akhirnya! Siap jugak. Dan result saya di approve! Whoaaa!
Happy! Yang mana tak di approve memang kena kira balik.
Nak kira under microscope tu memang la sakit kepala! Sebab kena kira elok-elok. Dah la kecik-kecik!
Ni la petak yang terdapat di chamber bila dilihat under microscope.

Petang tu pulak masa lab blood banking, buat test antiglobulin (direct and indirect). Saya buat hal jugak. Pergi pecahkan tube. Entah kenapa memang careless betul masa tu. Dua kali! Yang pertama sempat diselamatkan oleh kawan saya. Kali kedua memang jatuh berderai atas lantai la. Mujur mood miss okay! Kalau tak memang kena baham dah! Hihi. Untuk lab kali ni, saya cuma duduk jaga centrifuge sahaja. Lenguh kaki nak ulang alik wash cell dekat sink dengan Saline. Lagipun malas nak bersesak. So tugas saya centrifuge je la. hihi!

Semalam saya ada test histopathology dan kelas clinical chemistry 3! Sambung belajar tentang QC. Entah la, saya tak suka QC. Kena buat graf yang sangat-sangat melecehkan itu dan interpret graf tu! Memang saya tabik spring la kat budak QC. HAHA! Hampir dua jam saya fokus buat graf tu, untuk satu QC 1. Semuanya ada 2 QC. Sakit kepala betul nak buat range dan cari sampai +/- 4SD. Tu yang paling saya tak sukaaaaa! Kena banyak perah otak! 

Mr. Buboo pun nak study histopathology jugak dear? HAHA!
Tuanmu tak dapat menemani gua! Diri mu sahaja lah pengganti dirinya yang kejauhan dan terlalu sibuk. :')

Akhirnya! Korang ingat senang ke nak buat ni ha? Hampir dua jam tahu! ;p
Kat belakang graf ni ada nota histo!
Gigihkan? HAHA! Sambil buat graf sambil hafal nota untuk test! Nasib-nasib!
Bila kerja nanti, komputer yang akan interpret.
Cuma saya harus kira mean, range dan SD.
Tapi ianya punya banyak order untuk buat. Memang agak melecehkan!

Dapat assignment baru untuk QC! inilah rintihan jiwa saya dan kakju!
Saya : Mati terduduk dah kali ni. HAHA!
Kak JU : Kak Ju koma dah pasni. HAHA!
Keh keh keh!
Inilah kami, sering bergurau senda! ;p

Tengah hari sebelum test, abang bagi semangat kat saya. Supaya jawab elok-elok masa test nanti. Makin dan makin kasih pada dirinya. :') Untuk test histo cuma 10 MCQ dan 3 SAQ! Saya jawab setengah jam sahaja. Hihi. Saya memang, suka keluar awal dari masa yang diperuntukkan iaitu sejam. Alhamdulillah, ada yang boleh jawab, ada yang tidak. Biasa lah tu. Takkan nak boleh jawab semuakan? Nanti betul semua jawapan saya! Saya bukan tamak. HAHA! *ayat sedapkan hati sendiri. ;p Esok ada test cytology! Phewww! 20 MCQ dan 20 Spot Questions! Memang haruuuu! MCQ tak kisah tapi spot quest yang haruuu! So kena study slides lah malam ni. :(

Okay, nak continue study! 

Bye! :) Thanks for reading! 



No comments:

Post a Comment