Sunday, February 19, 2012

Mereka Berpesan

Assalamualaikum wbt.

Sambil baca nota Blood bank, sambil mata mengintai membaca blog. Hihi. Entah bila la gua nak serius. Tetiba teringat pesanan dari orang-orang yang gua sayang. Tentunya keluarga dan incik abang kesayangan. :)

Mereka selalu berpesan, "Biarlah orang buat kita, asal kita tak buat orang." Abang pulak cakap, "Kita buat tak tahu je la, kita diam, mereka jugak yang sakit hati nanti." :) Itu lah kata-kata yang selalu gua ingat. :) Kalau gua rasa down, abang akan selalu tenangkan gua, " Awak buat hal awak, jangan ambil tahu, pekakkan telinga dan butakan mata. Buat kerja awak, duk dalam bilik diam-diam." Thanks!

Sekarang, gua banyak perancangan. Nak ambil lesen kereta, dinner pun nak guna duit. Tak pergi karang ada lah yang tak puas hati and so on la. So, Mektie, its time to berjimat cermat. Peringatan buat diri, jangan boros! Gunakan untuk keperluan sahaja. Akal first! Ni asyik-asyik ikut nafsu je time berbelanja. Ingat lah, elaun kau bukan seribu. Enam ratus je pon. Tolak duit tiket bas dan makan, berapa puluh sahaja lah dapat simpan. Tu pun bukan simpan sangat, buat habis beli barang-barang atau berjalan-jalan. Em, muka gua ni, memang muka balik kampung. HAHA!

Kejap lagi gua nak pergi pasar kat Kampung Baru Hicom tu. Nak cari tomato, nak buat mask malam ni. Tu pun adik dekat twitter yang bagitahu tomato boleh dibuat mask. HAHA! Semalam gua bantai susu tepung budak bilik sebelah untuk buat mask. Sebab kawan gua cakap, buat mask dari susu tepung boleh haluskan kulit muka. First time try, and i feel awesome! Then gua cuci dengan air suam, kemudian guna sabun pencuci muka Tia Amelia. Gua mula menjaga muka sebab akhir-akhir ni ada jerawat naik kat pipi gua. Tak tahu la sesat dari mana, mungkin disebabkan gua tukar bedak. Dulu guna Garnier, sekarang nak cuba try bedak dari Maybelline. Kalau biasa-biasa je takpe la, ni memerah. Sakit hati betul. Bangun pagi tadi, masa cuci muka, gua tengok, jerawat tu dah mengecil. Sukanya! So malam ni nak try tomato la pulak.

Gua nak pergi kampung tu pun sebab nak jalan-jalan cari makan. Hari ni cuma bedal roti je 6 keping. Tak jauh pun dari hostel, dalam 500 meter je. :) Petang-petang ni elok la gua bagi body berpeluh sikit. Ni tidak, asyik duduk je dalam bilik, menternak lemak. HAHA! Malam ni gua ingat nak habiskan cover subjek blood bank ni. So esok dah boleh start cover subjek parasitology. :) Minggu ni gua ada dua test. :) Aih, nasib lah. Cepat je masa berlalu. Rasa baru je naik semester 3, dah test 1 dah. Adeh la, sedarlah diri mektie oiii! HAHA! 


Nota : Gua tuju kat orang lain, orang lain pulak terasa. Sabar je la. Tak perlu kata apa-apa, senyun, senyum dan senyum je la. :) Nowadays, people like messed up with other people things! You should mind yours! :)


No comments:

Post a Comment