Friday, March 2, 2012

Bahagia Ini


"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya." 

Sebetulnya, tiada yang mampu dilafazkan dengan kata-kata akan rasa bahagia ini. Sangat bahagia dan terlalu bahagia sehingga saya terkadang naik takut! Takut akan derita yang akan datang tiba-tiba menyemak di celah bahagia ini! :')

Tak perlu kata-kata romantik, tak perlu kata-kata manja, cukup sepatah senda gurau yang mampu buat saya ketawa tak henti-henti. Abang sangatttt nakal. Dan terlalu nakalll. Kadang-kadang yang agak kebudak-budakkan. Benda yang selalu buat kami gaduh dulu, kini sudah dapat dijadikan bahan gurauan yang tak henti-henti oleh kami.

Tak perlu mesej-mesej, cukup panggilan yang sekejap cuma.

Tak perlu panggilan manja, cukup dipanggil dengan panggilan yang buat kami berdua ketawa.

Malam ni, banyak benar abang ketawa, banyak benda dia usik saya, banyak benda kami jadikan bahan ketawa. Sehingga lelah sendiri. Biasanya dia call, kami takkan cakap lama, sebab saya faham kerja dia penat. Balik tentu nak rest. Mungkin malam ni dia nak qadha pasal semalam. Semalam dia oncall. Dan kami tak mampu untuk berhubung seperti biasa. :'(

Ini lah realiti kami kini. Kadang-kadang selang sehari baru dapat berhubung. Baru dapat bergurau senda. Kesibukkannya yang membatasi segala. Tapi saya takkan merungut, kerana tahu, bila masa terluang, pasti dia akan buat saya ketawa dan ketawa dan ketawa terus ketawa dengan kenakalannya. :))

Bila saya faham siapa diri dia, saya hormati keputusan dia, saya hormati life dia, saya ikut kehendak dia, PASTI dia akan buat saya perempuan yang paling bahagia tanpa perlu ucapan manis, tanpa perlu kata-kata manja. :) Kerana saya faham dia bukan lelaki jiwang. Terkadang bila angin jiwang dia datang, saya terasa pelik dan geli. HAHA! Dua tahun, saya diasuh dengan jiwa rock dia, diasuh dengan kekebalan jiwa dan mental! Walaupun kadang-kadang hanya mampu menangis. ;p I hate crying, but i love to do so. Sebab ia adalah terapi jiwa yang paling berkesan.

Dalam satu masa dia boleh buat saya menangis, dan dalam sekelip mata dia boleh buat saya ketawa berdekah-dekah, serta cuma satu saat dia boleh buat saya perempuan yang paling bahagia sekali atas muka bumi ni. :') 

Biarlah apa orang nak cakap apa, kita kenal siapa kita. Saya kenal abang siapa, dan abang faham siapa saya. Bagi saya itu sudah cukup. Sudah memadai. Dan saya tak minta lebih. Semuanya sudah cukup. Sudah terlalu cukup. :) Kita jatuh bangun bersama-sama. Kita sama-sama rasa apa itu susah dan senang. Kita saling bantu-membantu. Itu lah kita, jadi siapa mereka untuk judge kita? :)

Orang selalu bertanya pada saya, kenapa boleh terima dapat berhubung sekali sehari, terkadang tidak berhubung, kalau dapat pun sekejap cuma, tak mesej, dan tiada kata-kata manis? Kata mereka, kalau mereka ditempat saya, mereka tak mampu bertahan. Jawapan saya cukup mudah. Kerana saya kenal siapa abang, kerana percaya pada diri abang, kerana memahami life abang dan kerana kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi. Cinta tak semestinya selalu berhubung. Cinta tak semestinya kena selalu romantik dan kata-kata manja. Cukup ingat dalam hati, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan kesetiaan yang dipertaruhkan. :)


Dia ada life dia, dan saya ada life saya. Dia ada tanggungjawab dia sebagai pekerja, saya pun ada tanggungjawab saya bergelar seorang pelajar. Sebetulnya, 24 jam itu amat singkat untuk kami berdua. :) 

Kami bukan budak-budak lagi. Kata abang, umur kami makin meningkat., tinggalkan zaman remaja, belajarlah jadi insan yang bernama dewasa. Sebetulnya, ingin menikmati zaman muda bersama dan belajar jadi tua bersama. :) 

Saya tak perlu ucapan sayang dan manja dari sorang lelaki kerana saya ingin menikmatinya di alam perkahwinan. Cukuplah sekarang dia mengasuh saya memperelokkan diri menjadi yang terbaik dimatanya. Cukuplah dia menegur dan membimbing sahsiah dan peribadi saya. Cukuplah dia memarahi saya kerana aurat  saya yang terdedah. Cukuplah dia saya jadikan bahan rujukkan dalam mematangkan diri dan buat keputusan yang tepat. Kata abang, bercakaplah bila perlu, dan diamlah jika rasa tak perlu dan boleh memudaratkan kita ataupun sesiapa.

Bagaimana saya tak makin jatuh cinta pada dia dengan dirinya yang begitu? Bagaimana saya tak makin kasih pada dirinya? Its all about our 2 years of love. Pelbagai kisah, pengajaran dan drama disebalik itu sehingga kami bertemu dititik paksi persamaan ini. :) I Love You, and I do! 



♥ Love is like the sunset. It's not always there. But once it's there, you know it and its the 

most beautiful thing ♥

 " I don't need a perfect one, I just need someone who can show me

 that I'm his only one." ;)

 ♥ 2 Years of Love ♥





No comments:

Post a Comment